Home » » Sinopsis Lu, Gua Bro!

Sinopsis Lu, Gua Bro!

Written By Unknown on 31 Mar 2014 | 11:09 am

Lu, Gua Bro!

Sinopsis Lu, Gua Bro!
Lu, Gua Bro! mengisahkan perjalanan, turun naik kehidupan 2 orang kawan baik, Yu dan Mi berasal dari kampung yang sama dan telah dilahirkan pada hari yang sama. Daripada zaman kanak-kanak persekolahan, umur remaja, umur dewasa, mereka kekal bersama walau apa pun berlaku. Impian mereka adalah untuk menjadi anggota polis, lebih-lebih lagi kedua-dua bapa mereka mahu mereka menjadi polis. Cerita ini bermula apabila Yu & Mi bertemu di sebuah kilang penapisan di mana Mi bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas setahun tidak bertemu. Yu yang melarikan diri daripada para peniaga mencari Mi di kilang . Kilang penapisan Mi itu sebenarnya menjalankan pengedaran sindeket dadah. Yu dan Mi Cuba melaporkan perkara itu kepada polis, tetapi dilarang oleh pengedar dadah tersebut. Pergelutan berlaku membuatkan Yu dan Mi naik ke tingkat atas bangunan kilang untuk menyelamatkan diri. Sedang berlari, Yu tergelincir di kaki tiang bangunan dan sempat disambut oleh Mi yang hampir terjatuh namun Yu hanya tergantung di situ. Yu yang hampir berputus asa telah diredakan oleh Mi dengan kata-kata semangat sehinggalah menceritakan kisah silam mereka bagaimana mereka berdua bersemangat dalam segala urusan dan cekal menghadapi segala cabaran bersama. Itulah di mana kisah persahabatan antara Yu & Mi dari zaman kanak-kanak hingga kini. Mereka akhirnya berjumpa dengan 2 orang polis, salah satunya adalah Eve, rakan sekelas mereka di sekolah. Polis mengucapkan terima kasih kepada mereka secara tidak sengaja telah menumpaskan sindiket di kilang penapisan itu.

Pelakon : Zalif Sidek, Nina Iskandar, Epy Kodiang, Rahim R2
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger