Home » » 5 Maut Terbabas Langgar Pokok

5 Maut Terbabas Langgar Pokok

Written By Unknown on 19 Mar 2014 | 1:50 pm

5 Maut Terbabas Langgar Pokok

BUKIT MERTAJAM – Lima sahabat yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Nibong Tebal maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas di kilometer 141.9 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran kawasan rehat dan rawat Juru di sini hari ini.

Mar Jin Quan, 18, Tan Chee Win, 17, Song Jing Ming, 17, dan Chye Zhi Fei, 17, mati di tempat kejadian manakala seorang lagi rakan mereka yang identitinya belum dikenal pasti mati di Hospital Seberang Jaya.

Kereta yang dinaiki kelima-lima remaja lelaki itu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan berkenaan, kata Ketua Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai Norizal Md Rabani.

Beliau berkata kemalangan pada pukul 9.30 malam itu menyebabkan kelima-lima remaja berkenaan tersepit di dalam kereta dan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan seorang mangsa yang cedera.

“Empat yang meninggal dunia dikeluarkan antara 15 hingga 30 minit kemudian,” kata Norizal kepada pemberita di tempat kejadian, di sini malam ini.

Semua mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi berkata berdasarkan keadaan kereta yang remuk teruk, polis tidak menolak kemungkinan kenderaan itu dipandu laju.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger