Home » » Tonton Dalam Setiap Sujud

Tonton Dalam Setiap Sujud

Written By Unknown on 7 Mar 2014 | 9:15 pm

Sinopsis Dalam Setiap Sujud

Dalam Setiap Sujud bersiaran 14 episod, merupakan siaran ulangan dan pernah ditayangkan di TV9 sebelum ini. Lakonan Nur Fathia, Azlee Khairi dan Keith Foo, Elfaeza Ul-Haq, Syatilla Melvin, Aidil Aziz, Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah.

Dalam Setiap Sujud mengisahkan Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anak kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).

Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).

Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah? Saksikan drama menarik Dalam Setiap Sujud ini bagi mengetahui kesudahannya hanya di TV9, Ops! Terkini di TV3. Dah nak habis pun :-)

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger