Home » » Tonton Racun Ibu

Tonton Racun Ibu

Written By Unknown on 29 Dec 2013 | 9:47 pm

Sinopsis:
Rohani sering melepaskan marah kepada anak-anaknya, Sharin, Lili dan Mimi selepas ditinggalkan suami hampir 20 tahun yang lalu. Kini, dia sudah tidak berdaya kerana disahkan menghidap penyakit kencing manis. Hanya menantunya, Azah yang mampu bertahan dengan sikap Rohani. Namun hanya maki hamun yang diterima Azah. Akibat tidak tahan dengan sikap ibu mentuanya itu, Azah meminta suaminya, Sharin menghantar Rohani ke rumah orang-orang tua. Sharin berang dengan tindakan Azah kerana tidak sangka isterinya akan menuduh ibunya bersikap buruk. Rohani pandai berlakon baik dengan Azah jika dia berdepan dengan anaknya, Sharin.

Jadi, berlaku pertengkaran antara Sharin dan Azah. Suatu hari, Azah ingin menyuapkan makanan kepada Rohani, lalu Rohani mengambil nasi dan ditonyohkan ke muka Azah dan pada ketika itu Sharin melihat dihadapan matanya sendiri. Azah bengang dan terus keluar dari bilik. Sharin memujuk ibunya supaya tinggal di rumah kebajikan. Namun Rohani merayu dan mengatakan dia akan berubah. Akhirnya, Sharin akur dengan rayuan ibunya. Namun, sikap Rohani masih tidak berubah. Azah telah mengadu masalah kepada rakan sekerjanya, Diana. Diana telah mencadangkan supaya Azah berjumpa bomoh untuk menghapuskan Rohani secara perlahan-lahan.

Pelakon:
Fasha Sandha, Farid Kamil, Fauziah Nawi, Ika Nabila, Noni Zainuddin dan Zila Bakarin.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger