Home » » Cinta Masam Manis, Akasia TV3 [2016]

Cinta Masam Manis, Akasia TV3 [2016]

Written By Unknown on 4 Nov 2016 | 1:37 am

Cinta Masam Manis

Sinopsis Cinta Masam Manis

Mengisahkan cinta antara seorang duda berusia 40-an bernama Johan (Zamarul Hisham), dan Sarah (Izara Aishah) yang baru mencecah usia 20 tahun. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi untuk mengukuhkan percintaan mereka berdua.

Johan ialah seorang ahli perniagaan yang sudah bercerai dengan isterinya pada tiga tahun lepas. Walaupun demikian, dia selesa dengan hidup menduda dan membesarkan dua orang anaknya iaitu Hanna (18 tahun) dan Hanis (12 tahun) tanpa bantuan orang lain selepas bekas isterinya meninggalkan mereka untuk pergi ke luar negara.

Ibu dan bapa Johan teringin untuk menjodohkan anak mereka dengan beberapa wanita, namun Johan langsung tidak mempunyai hati untuk berkahwin semula. Sehinggalah pada suatu hari, segalanya berubah dan hati Johan terbuka untuk menerima wanita dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Sarah, seorang gadis jelita dan manja yang berjaya menambat hatinya.

Sarah diperkenalkan kepada anak-anak Johan dan mereka memberikan reaksi yang berbeza terhadap Sarah. Anak sulung Johan, Hanna (Sweet Farhana), membantah hubungan mereka kerana jarak usia Sarah dan Hanna hanya beza dua tahun. Selain itu, Hanna juga berprasangka buruk terhadap Sarah. Dia menganggap Sarah hanya mahukan harta ayahnya. Sebaliknya, Hanis gembira buat ayahnya kerana merasakan sudah tiba masanya untuk ayahnya mencari teman hidup baru.

Hubungan Sarah dan Johan bukan menerima bantahan daripada Hanna sahaja, malahan, Faridah (Wan Nur Azlin) iaitu ibu kepada Sarah juga tidak berkenan dengan Johan kerana status dudanya. Faridah mahu anaknya untuk berkahwin dengan anak kepada kawan baiknya, Erman (Shah Jaszle).

Tidak lama kemudian, bekas isteri Johan, Tasha (Raja Ilya) pulang ke Malaysia dengan harapan untuk memenangi cinta Johan kembali setelah insaf dengan kesilapannya. Akan tetapi, dia amat kecewa apabila mendapat tahu bahawa Johan sedang menjalinkan hubungan dengan Sarah.

Tasha mendapat tahu yang Faridah tidak merestui hubungan Johan dan Sarah, lalu dia mula bersekongkol dengannya untuk memutuskan hubungan mereka. Lebih menarik lagi, anak Johan sendiri bersetuju dengan cadangan ibunya untuk memisahkan Johan dan Sarah!

Pelbagai agenda telah dirancang oleh mereka untuk memusnahkan percintaan Johan dan Sarah. Mampukah mereka berdua mengatasi segala ujian yang akan datang? Adakah Hanna akan merestui hubungan ayahnya dengan Sarah?

Pelakon Cinta Masam Manis. Izara Aishah, Zamarul Hisham, Shah Jaszle, Sweet Farhanna, Nur Alis Maria, Raja Ilya, Rahim Omar, Wan Nur Azlin, Liza Abdullah, Syaffiq Sahli, Ku Faridah, Mimi Ernida, Siti Chubby, Gbob, Nu'man Salleh, Erry Putra, Tash Yong, Khairuddin Ab Rahman, Cinta Diana Dargasi, Ben Amir, Danny X-Factor, Zalfa Zin.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger