Home » » Maharaja Lawak Mega 2014

Maharaja Lawak Mega 2014

Written By Unknown on 7 Feb 2015 | 6:17 pm

Maharaja Lawak Mega 2014

Maharaja Lawak Mega 2014

Minggu pertama gelanggang hot seat MLM 2014 bakal menampilkan lapan kumpulan iaitu Ekzos (Jon LNJ, Raja Azri dan Lie), Mamu (Ajo dan Abu), Sakan (Jelut, Ash dan Pakku), Gap2 (Azlan, Rohaizat dan CT Chubby), Spark (Mail, Yus dan Azmi) ,Samurai( Arin, Man (Raja Lawak) dan Acong), Chilok (Chiwan, Achok dan Wan Lopez) dan JBOND (Che Mat dan Pak Cu).

Beberapa nama untuk minggu pertama hot seat dilihat mampu memberi saingan hebat selepas mereka pernah melayakkan diri di peringkat fast lane MLM tahun lalu. Lapan kumpulan ini bakal berentap di minggu pertama hot seat dan barisan pengkritik atau juri akan memutuskan keputusan mana bakal dipilih ke gelanggang fast lane MLM 2014 kelak.

Jadi kumpulan manakah bakal menjadi pilihan pihak juri untuk automatik layak ke gelanggang MLM 2014? Siapa pula barisan juri yang akan menjadi pengkritik bagi lapan kumpulan hot seat pada minggu ini?

Maharaja Lawak Mega 2014 kini kembali lagi dan pastinya membuatkan para peminat pentas komedi ini tak sabar-sabar menontonnya. Program Maharaja Lawak Mega 2014 kali ini menampilkan banyak pembaharuan terutama dari para peserta. Ramai yang inginkan pasangan duo yang juga bekas pemenang Jozan kembali ke pentas ini, namun ternyata ianya tidak menjadi kenyataan. Ramai juga tertanya-tanya adakah juara bertahan Sepahtu akan kembali menyertai di musim Maharaja Lawak Mega 2014 ini. Zizan dan Sepahtu ternyata memberi kejutan untuk Maharaja Lawak Mega 2014 ini. Berikut merupakan senarai penuh peserta Maharaja Lawak Mega 2014 Sepahtu ( Jep, Shuib, Ilya Senario), Bocey ( Achey, Abam, Fad ), Shiro (Shahrol, Ajak ), Nabil, SYJ ( Syuk, Yassin, Jihan ), Virus ( Yus, Tauke, Zizan ), Jalor ( Rahim, Along, Joey), Comey ( Shuhaimi, Ropi), Sayot (Zam, Filzah, One) : pemenang Skool Of Lawak, Kepoh (Izu, Pian, Kamal) : pemenang Bintang Mencari Bintang.

Sementara itu peserta akan merebut 4 tempat melalui kerusi panas. Mereka ialah Ekzis, Mamu, Sakan, Samurai, Cak, Spark, Qtaro, Token, Chilok, Badboy, Zero, Glory, Shake, Gap2, Jbond dan Wala. Yang terbaru tiada peserta Indonesia namun masih ada juri Indonesia. Undian 70 % dari juri 30% dari SMS. Juara akan memenangi hadiah RM500 ribu. Siaran kerusi panas akan bermula 31 Oktober dan 7 November dan minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2014 bermula 14 November 2014.

KERUSI PANAS MINGGU 1 - 31/10/2014
KERUSI PANAS MINGGU 2 - 07/11/2014
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger