Home » » Surah Buat Maisarah, Zehra TV3 [2016]

Surah Buat Maisarah, Zehra TV3 [2016]

Written By Unknown on 4 Aug 2016 | 9:27 am


Sinopsis Surah Buat Maisarah

Mengisahkan seorang gadis melayu bernama Maisarah atau Sara (Syatila Melvin) yang mengagungkan budaya barat hanya kerana pernah menetap di Amerika untuk beberapa tahun. Bagaikan buku bertemu ruas, apabila dia terpaksa bekerja dengan pemuda Melayu yang sering menggunakan petikan ayat-ayat Al-Quran dalam menegur dan menyedarkannya.

Sekembalinya ke Malaysia, Sara terkejut melihat Zalikha telah bertudung. Bagi Sara, hanya gadis kampung saja yang bertudung. Lalu Sara persendakan Zalikha. Meskipun sakit hati, Zalika hanya bersabar. Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja membuatkan orang disekelilingnya terasa hati. Perangai kasar dan sombong Sara turut menjengkelkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu. Nazim tidak senang melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara.

Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakah dia mengubah Sara?

Pelakon Surah Buat Maisarah Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Nabilah Dally, Shah Iskandar, Azri Iskandar, Zarina Zainuddin, Beego, Abby Nadzri, Yusri Salleh, Dania Aina, Ieka Zulkifli, Nursha, Ku Faridah, Halimah, Abby Khairuddin, Siti Khadijah, Monicca Picca, Ezam, Syatira Amir, Abdul Malek.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger