Home » » Tonton Cik Bunga Encik Sombong, Astro Maya HD [2015]

Tonton Cik Bunga Encik Sombong, Astro Maya HD [2015]

Written By Unknown on 11 Aug 2016 | 4:05 pm

Cik Bunga Encik Sombong

Sinopsis Cik Bunga Encik Sombong

Cik Bunga Encik Sombong drama adaptasi novel (karya Airisz) terbaru di Astro Maya HD, mula siaran pada Isnin 15 Jun 2015. Setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam. Terbitan Global Station & Karya Seni dan diarahkan oleh Keoi Hj Khalid. Pelakon Amar Baharin, Amyra Rosli, Jasmin Hamid, Sasqia Dahuri, Roy Azman, Sura Sojangi, Farisha Irwayu.

Mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar. Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan Erny Humairah yang menghilangkan diri. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta.

Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger