Home » » Nasuha, Ratu TV9 [2015]

Nasuha, Ratu TV9 [2015]

Written By Unknown on 4 Apr 2015 | 3:34 pm

Nasuha TV9

Sinopsis Nasuha

Sebuah kisah persahabatan antara Nasuha dan Zahid. Hidup di dalam keluarga yang serba kekurangan banyak mengajarkan Nasuha erti kematangan hidup dan ketabahan diri. Dirinya banyak dibantu oleh Zahid sejak kecil lagi. Sehinggalah satu kejadian tragis yang telah meragut penglihatannya. Nasuha tidak mampu dirawat dan terpaksa menerima ketentuan dia akan menjadi buta dan tidak lagi dapat melihat. Dalam meningkat usia remajanya, Zahid memendam perasaan cinta terhadap Nasuha dan berharap Nasuha dapat membalas cintanya. Zahid menerima seadanya Nasuha kerana kesucian hati Nasuha sudah menjadikan dia sempurna di mata Zahid.

Namun perhubungan mereka tidak kekal lama. Kerana hutang bapanya yang tidak mampu dilunaskan, Zahid terpaksa menyertai satu kumpulan gengster .Zahid tiada pilihan selain membiarkan dirinya hanyut dan hidup sebagai Zack, seorang penjenayah. Kehilangan Zahid benar-benar memberi tamparan kepada Nasuha. Namun, setelah kemunculan Irfan membuka hatinya tentang cinta. Marina, tunang Irfan cemburu melihat Irfan yang selalu menemaninya di pasar. Kerana cinta yang tidak berbalas dan benci melihat Nasuha bersama Irfan, Marina mengupah Zack untuk membunuh Nasuha.

Adakah Zack akan membunuh seseorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Apakah nasib Zack dan Nasuha selepas itu? Saksikan drama bersiri Nasuha yang akan menghiasi slot Ratu di TV9 pada setiap selasa dan rabu jam 8.30malam.

Para pelakon terdiri daripada Tasha Shilla, Fattah Amin, Shah Iskandar, Jasmin Hamid, Miera Liyana dan Faye Khusairi, Ammar Alfian Aziz, Azhan Rani, Amyza Adnan, Fendi Seman serta Roy Azman.

NASUHA EPISOD 1 - 10/02/2015
NASUHA EPISOD 2 - 11/02/2015
NASUHA EPISOD 3 - 17/02/2015
NASUHA EPISOD 4 - 18/02/2015
NASUHA EPISOD 5 - 03/03/2015
NASUHA EPISOD 6 - 04/03/2015
NASUHA EPISOD 7 - 12/03/2015
NASUHA EPISOD 8 - 13/03/2015
NASUHA EPISOD 9 - 19/03/2015
NASUHA EPISOD 10 - 20/03/2015
NASUHA EPISOD 11 - 26/03/2015
NASUHA EPISOD 12 - 27/03/2015
NASUHA EPISOD 13 - 02/04/2015
NASUHA EPISOD AKHIR - 03/04/2015
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger