Home » » Asam Pedas Untuk Dia, Dahlia TV3 [2015]

Asam Pedas Untuk Dia, Dahlia TV3 [2015]

Written By Unknown on 30 Mar 2015 | 1:20 am

Asam Pedas Untuk Dia, Dahlia TV3 [2015]

Sinopsis Asam Pedas Untuk Dia

Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.

Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.

Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya.

Asam Pedas Untuk Dia di Slot Dahlia TV3. Setiap hari Sabtu dan Ahad jam 7 malam. Lakonan Dayana Roza, Shukri Yahaya, Adella Aryana, Juli Farhana Marin, Fazlina Ahmad Daud, Manan Sulaiman. Arahan Feroz Kader, terbitan Frontrow Pictures.

Share this article :

2 comments:

  1. halwa madani29 March, 2015

    As salam....takde lg ke episod 23 tuk asam pedas untuk dia ....huhuhu

    meronta jiwa ni......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.... Sorry, admin semua outstation. Lambat update dalam mggu ni.

      Delete

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger