Home » » Hantu Langsir, Cerekarama TV3 [2014]

Hantu Langsir, Cerekarama TV3 [2014]

Written By Wan Tonton on 28 Dec 2014 | 11:01 am

Hantu Lansir tv3

Sinopsis Hantu Langsir
Sumpahan hantu langsir terjadi kembali di kampung langsir. Ada disebalik cerita kenapa hantu langsir ini terjadi. Kerana mahukan kuasa, so ada komplot mahu jatuhkan ketua kampung yang sudah 35 tahun membangunkan kampung.

Dibintangi oleh harun salim bachik. Liza abdullah, afiq muiz, rahman ( arash mohamad) ahmad tarmimi sinegar ( penerbit bro) dan ramai lagi.

Siapa sebenarnya hantu langsir??

Disebabkan dengan kejadian hantu langsir, menjadikan  kampung langsir dah jadi kacau bilau. Di kacaunya warong, ketua kampung.

Pengajaran cerita ini, sebagai ketua kampung atau pemimpin mesti bertanggungjawab. Jangan fikir pasal untung semata-mata tapi kesan dalam 10-20 tahun akan datang kita tak tahu dalam pembangunan akan datang.

Selain itu ada selit unsur keagamaan, ada juga sebagai seorang lelaki kenalah cari kerja yang stabil. Tapi janganlah si hidung belang. Kaya tu kaya, tapi kerjanya menipu tak guna jugak. Siasat terlebih dahulu.

Apepun, dah kantoi apabila ketua kampung nekad untuk mencari jalan penyelesaian, jika tak selesai dalam masa seminggu... tok ketua kampung (harun salim bachik) mahu letak jawatan.

Apabila malam dalam misi mencari hantu langsir, tok ketua ketakutan dan terpaksa memanggil imam untuk menghalau hantu langsir. Tiba-tiba nampak kaki si hantu langsir pakai kasut jejak tanah, terus si imam terkam hantu tu. Namun gagal, hantu melarikan diri. Tapi hantu punya dompet pulak yang tercicir. Sekali tengok dompet siapa??? Tak sangka si Afiq Muiz yang punya. Rupanya dia jadi orang suruhan rahman kontraktor dalam menjadikan tok ketua meletakkan jawatan supaya mudah untuk dia kaut keuntungan hasil drp pembangunan yang bakal dilaksanakan.

Apepun, dari kejadian itu, rahman dan kulinya (hantu langsir) dihalau dari kampung itu. Last sekali….. tengok sendiri.. adakah hantu langsir benar-benar wujud?

Klik link di bawah untuk menonton

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger