Home » » Bila Hati Berbicara

Bila Hati Berbicara

Written By Unknown on 22 Dec 2014 | 8:43 pm

Bila Hati Berbicara

Sinopsis Bila Hati Berbicara

Novel Bila Hati Berbicara karya Antasya Balqis akan diadaptasikan kepada drama bersiri dan ditayangkan di slot Akasia TV3. Drama dibawah terbitan Suhan Movies ini diarahkan oleh Amie Maziah dana akan bersiaran selepas tamatnya drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna. menampilkan bintang-bintang muda yang sedang meningkat iaitu Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Azwan Kombos dan Raja Ilya di slot Akasia bermula 28 Oktober 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam.

Mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal daripada latar belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.

Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.

Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?

BILA HATI BERBICARA EPISOD 1 - 28/10/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 2 - 29/10/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 3 - 30/10/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 4 - 03/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 5 - 04/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 6 - 05/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 7 - 06/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 8 - 10/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 9 - 11/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 10 - 12/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 11 - 13/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 12 - 17/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 13 - 18/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 14 - 19/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 15 - 20/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 16 - 24/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 17 - 25/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 18 - 26/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 19 - 27/11/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 20 - 01/12/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 21 - 02/12/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 22 - 03/12/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 23 - 04/12/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 24 - 08/12/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 25 - 09/12/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 26 - 10/12/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 27 - 11/12/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 28 - 15/12/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 29 - 16/12/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 30 - 17/12/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD 31 - 18/12/2014
BILA HATI BERBICARA EPISOD AKHIR - 22/12/2014
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger