Home » , » Tonton Suamiku Encik Sotong

Tonton Suamiku Encik Sotong

Written By Unknown on 10 Mar 2015 | 8:27 am


Sinopsis daripada novel Suamiku Encik Sotong

Drama Suamiku Encik Sotong adalah adaptasi dari novel karya Syikin Zainal. Drama bersiri 13 episod dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli. Terbitan Global Station dan bakal ditayangkan pada 27 Oktober ini. Setiap hari Isnin pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Maya HD.

Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.

Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

Drama Suamiku Encik Sotong adalah adaptasi dari novel karya Syikin Zainal. Drama bersiri 13 episod dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli. Terbitan Global Station dan bakal ditayangkan Setiap hari Isnin pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Maya HD.

Share this article :

4 comments:

  1. Admin, kenape episode 10 tk ade?

    ReplyDelete
  2. Episod 9/2 blm ada ke?

    ReplyDelete
  3. kenapa episod ni sampai 16 je..???bukan sepatut nye ada lagi ke..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi admin tak nyatakan "EPISOD AKHIR" maknanya akan ada update lagi...

      Delete

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger