Home » » Proton Bekerjasama Dgn LG Bangunkan Kereta Elektrik

Proton Bekerjasama Dgn LG Bangunkan Kereta Elektrik

Written By Unknown on 2 Oct 2014 | 10:40 pm

Proton Bekerjasama Dgn LG Bangunkan Kereta Elektrik

PROTON Holdings Bhd sedang bekerjasama dengan LG Electronics untuk menghasilkan kereta elektrik (EV) berasaskan model terbaharunya, Iriz.

Kerjasama itu menyaksikan LG Electronics sudah menghasilkan sebuah prototaip EV Iriz yang mana ia sudah memasuki peringkat ujian apabila turut dipandu uji Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam kunjungan ke kompleks penyelidikan dan pembangunan (R&D) LG Electronics di Incheon, Korea Selatan, semalam.

Kunjungan Mustapa ke kompleks R&D LG Electronics itu sempena misi perdagangan dan pelaburan Malaysia ke Korea Selatan dan Jepun bermula 29 September hingga esok.

Berdasarkan pos dalam akaun Facebook, Mustapa memuatkan beberapa gambar model prototaip Iriz EV dan memberi beberapa info termasuk keupayaan model itu untuk dipandu hingga sejauh 240 kilometer dengan hanya sekali cas.

Sebelum ini, Dewan Rakyat pernah diberitahu bahawa Proton akan memperkenalkan EV pada 2014 menerus kerjasamanya dengan syarikat berpangkalan di United Kingdom (UK), Frazer-Nash Research dan Detroit Electronic, namun projek itu tidak menjadi kenyataan.

Kerjasama dengan LG Electronics adalah perkembangan terbaharu dalam usaha Proton untuk mengeluarkan model EV.

Sumber : bharian
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger