Home » » Tonton Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Tonton Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Written By Unknown on 27 Oct 2014 | 8:40 pm

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempuna

Mengisahkan Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang melekakan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam keterpaksaan dan rasa yang malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan sebagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri? Nanti kesudahan Maaf Jika Aku Tak Sempurna.

Novel adaptasi Maaf Jika Aku Tidak Sempurna akan menyusul bersiaran di slot Akasia menggantikan drama Rindu Awak 200%. Ini merupakan novel karya kedua Acik Lana di persembahkan di kaca TV3 selepas drama Aku Isterinya. Peneraju utama untuk drama ini dibintangi oleh Fahrin Ahmad dan Sara Ali. Turut dibintangi oleh Ika Nabella, Hefny Sahad, Tasha Shilla, Amy Mastura, Reza Hasbi, Azri AF9, Shella Faeiz, Marr Mohamad dan Sabreena Ibrahim. Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua, dibawah terbitan Zeel Production. Saksikan drama ini bersiaran mulai 2 September 2014, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.

Share this article :

1 comments:

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger