Sinopsis Begitulah Sayang
Julia (Norish Karman) terbawa-bawa dengan budaya asing setelah 5 tahun tinggal di Australia. Tersasar jauh daripada landasan agama Islam dan budaya sebagai orang melayu. Dato' Rahim malu dengan kelakuan Julia lalu mengahwinkan Julia dengan pegawal peribadinya, Amir (Zamarul Hisham).
Kelakuan Julia tetap sama walaupun sudah berkahwin. Dia tidak pernah menghormati Amir sebagai suaminya. Setelah mempunyai seorang anak perempuan Zana, Julia tidak menjaga dan memberi kasih sayang yang sewajarnya kepada Zana. Hanya Amir yang bersungguh menjaga dan memberi kasih sayang kepadanya.
Setelah kematian ayahnya, Julia semakin sombong. Tidak tahan dengan perlakuan Julia itu, Amir membawa Zana keluar dari rumah Julia. Julia tidak kisah kerana dia tidak rasa perlunya mereka dalam kehidupannya. Ketiadaan Amir di rumah itu, Julia semakin berani membawa lelaki balik ke rumah. Perbuatannya itu tidak di senangi oleh ibunya. Apabila ibunya menasihatinya, ibunya telah dihalau keluar dari rumah. Amir mengambil ibu Julia dan tinggal bersamanya.
Dengan usaha yang gigih, Amir berjaya membuka sebuah restoran miliknya. Zana mulai membenci ibunya tetapi Amir sentiasa menasihati Zana supaya tidak berperasaan begitu. Zana perlu sayangkan ibunya walau apa keadaan sekali pun. Zana tidak memahami kata-kata ayahnya itu. Baginya hidupnya hanya ada kasih sayang ayahnya sahaja. Dia amat menyayangi ayahnya.
Hari berlalu, Julia mulai sangsi dengan perlakuan Daniel (Azri Iskandar). Kewangan syarikat semakin merosot. Daniel mengambil wang syarikat tanpa pengetahuannya. Daniel mengugut Julia supaya tidak melaporkan segala perbuatannya kepada pihak polis. Sekiranya Julia tetap melaporkan perbuatannya pada pihak polis dia akan menyebarkan gambar-gambar Julia sewaktu bersamanya. Julia berang dan mereka bertengkar. Daniel mulai menunjukkan belangnya. Daniel bermesra dengan perempuan lain. Julia memujuk Daniel supaya kembali kepadanya tetapi Daniel menolak.
Malang semakin menghimpit dirinya apabila dia diberitahu syarikatnya berdepan dengan masalah kewangan. Dan pada masa yang sama, dia mendapat tahu yang dirinya disahkan menghidap kanser perut. Dia mulai mencari ibunya, tetapi tidak jumpa. Apabila terjumpa Amir, dia terus menyerang Amir dengan kata-kata yang menyakitkan hati.
Zahlia yang tidak berpuas hati dengan tuduhan Julia itu memberitahunya yang Amirlah yang menolong syarikatnya ketika menghadapi masalah kewangan. Julia terkejut dengan pernyataan Zahlia. Julia mulai menyedari kesilapanya. Dia mahu menebus kesalahannya memandangkan dirinya sudah tidak dapat hidup lama. Zahlia membawa Julia bertemu dengan Amir dan ibunya. Julia dengan rendah diri meminta keampunan daripada Amir dan ibunya. Semasa mereka berbual, Zana pulang dari sekolah. Dia melihat ibunya berada di rumahnya. Apabila Julia terlihat Zana dia memanggil Zana tetapi Zana melarikan diri. Julia dapat menangkap Zana dan meminta Zana memaafkan perbuatannya dulu. Tetapi Zana tidak mahu memaafkan ibunya. Padanya ibunya adalah seorang ibu yang jahat. Zana melarikan diri dari situ. Julia tidak dapat mengejarnya kerana perutnya sakit dengan tiba-tiba. Amir yang terlihat Julia kesakitan, segera membawa Julia ke hospital.
Apakah kesudahannya?

Klik link di bawah untuk menonton
0 comments:
Post a Comment