Kuala Lumpur: Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury Malaysia), semalam menerima semula Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dua produk coklat susu yang sebelum ini didakwa mengandungi DNA babi.
Pengarah Urusan Mondelez Malaysia iaitu syarikat pemilik Cadbury Malaysia, Sunil Sethi, berkata beliau lega dengan keputusan ujian terhadap sampel kedua yang diambil JAKIM untuk diuji Jabatan Kimia pada minggu lalu dan disahkan bebas DNA babi.
“Ini membuktikan semua produk yang dikeluarkan oleh kilang Cadbury Malaysia di Shah Alam, Selangor adalah 100 peratus halal dan bebas daripada pencemaran DNA babi atau bahan terlarang lain.
Legakan kakitangan “Keputusan ini memang melegakan semua warga (kakitangan) Cadbury Malaysia kerana antara 75 hingga 80 peratus pekerja syarikat terutama di kilang pengeluaran kami di Shah Alam (Selangor) beragama Islam,” katanya ketika ditemui wartawan di sini, semalam.

Sumber : bharian
0 comments:
Post a Comment