Home » » Tonton Azam Ramadan Su

Tonton Azam Ramadan Su

Written By Unknown on 24 Jul 2014 | 9:00 pm

Azam Ramadan Su

Sinopsis Azam Ramadan Su

Azam Ramadan Su akan bersiaran setiap isnin hingga khamis jam 12.30 tengahari hingga 1.30 tengahari. Menampilkan Rita Rudaini, Faizal Hussein, adik Mior Adha Najmi, adik Nur Qistina Raisah, Kismah Johar, Kartina Aziz, Siti Chubby dan Chef Azli.

Azam Ramadan Su mengisahkan seorang ibu berkerjaya yang mahu memasak untuk anak-anaknya pada bulan Ramadan. Lebih menarik, satu resipi akan dikongsikan pada setiap penghujung episod. Su (Rita Rudaini) dikurniakan 2 orang anak, Mukhriz dan Munirah hasil perkahwinannya dengan Lukman (Faizal Hussein). Su merupakan seorang wanita berkerjaya yang mengharapkan bibiknya untuk menguruskan segala urusan rumah dan lebih cenderung membawa keluarga makan di luar ataupun membeli makanan dari luar.

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Rakan-rakan sepejabat Su sering berbincang tentang resipi masakan untuk bersahur dan berbuka puasa. Su menganggap memasak itu sesuatu yang menyusahkan. Hati Su terusik apabila melihat kemesraan anak-anaknya bersama bibik dalam menyediakan juadah. Buat pertama kalinya Su berazam untuk memasak demi keluarganya pada bulan puasa. Berjayakah Su?

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger