Home » » Pesawat MH370 Masih Gagal Dijejaki

Pesawat MH370 Masih Gagal Dijejaki

Written By Unknown on 10 Mar 2014 | 4:41 pm


KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu masuk hari ketiga, namun pesawat Boeing 777-200 itu masih gagal dikesan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman meskipun begitu, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

"Operasi mencari dibuat dari 7 pagi hingga 7 malam, dan diteruskan sehingga malam. Malangnya kami tidak menemui apa-apa lagi... bagaimanapun kami akan menggiatkan lagi usaha untuk mengesan pesawat tersebut," katanya pada satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Beliau berkata usaha sebegitu adakalanya mengambil masa yang lama seperti yang berlaku pada pesawat Airbus A330 Air France yang terhempas di Atlantik pada tahun 2009 yang memakan masa dua tahun untuk mengesan pesawat tersebut.

Penerbangan MH370 menggunakan Boeing 777-200 itu disahkan DCA sebagai hilang daripada radar pada 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Terdahulu MAS dilapor berkata pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berkenaan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Ahad.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger