Home » » Tonton Puteri Malam Episod Penuh

Tonton Puteri Malam Episod Penuh

Written By Unknown on 5 Jan 2014 | 9:25 pm


Sinopsis Puteri Malam
Puteri Malam mengisahkan Puteri (Zara Zya) yang lari daripada rumah kerana dimarahi oleh ibubapanya disebabkan mengejar cita-cita menjadi artis terkenal.
Namun jalan yang dipilih ternyata menempuh hidup yang akhirnya memerangkap dirinya ke lembah yang hina.
Kisah hitam Puteri bermula apabila dia telah dirogol oleh seorang lelaki sewaktu dia hadir untuk satu sesi ujibakat di Kuala Lumpur. Puteri kemudiannya telah
diselamatkan oleh Farid (Ku Hariz) lalu dibawa ke rumahnya di sebuah rumah kedai yang terletak di Chow Kit.
Rumah itu turut didiami oleh Fiona (Puteri Chichi) yang disangkakan kakak Farid. Puteri tertarik melihat penampilan Fiona yang seksi dan berjaya menawan hati
ramai lelaki.
Farid mula membelikan Puteri pakaian-pakaian baru yang seksi, sama seperti yang dipakai oleh Fiona. Pada mulanya Puteri curiga dengan tindakan baik Farid,
tetapi lama kelamaan, Farid berjaya membuatkan Puteri percaya padanya dan akhirnya, Puteri jatuh cinta pada Farid. Puteri meluahkan segala perasaannya serta
berkongsi mengenai impiannya untuk menjadi seorang artis. Farid berjanji akan membantu Puteri mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang artis.

Tanpa Puteri sedari Farid rupa-rupanya bapak ayam kepada Fiona dan kini dia cuba untuk memperdayakan Puteri untuk menjadi seorang pelacur demi mendapatkan
wang. Apabila Puteri tersedar dirinya diperangkap, semuanya sudah terlambat. Puteri terjerat dengan impian yang akhirnya membinasakan dirinya sendiri.
Mampukah Puteri meloloskan dirinya keluar daripada lorong hitam yang diciptanya sendiri? Ikuti perjalanan hidup Puteri yang cuba mencari sinar harapan untuk
kembali bebas dalam Puteri Malam hanya di TV9!


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger