Home » » Janji Adam Episod Penuh

Janji Adam Episod Penuh

Written By Unknown on 5 Jan 2014 | 9:26 pm

Janji Adam 2013
Tayangan
 Slot Azalea di TV3

Jumlah Epiosd : 20

Pelakon
Zul Ariffin (Adam), Elfaeza Ul Haq (Ayshah), Zoey Rahman (Asfar), Fiffy Natasya (Raihana), Kathy Azean (Zainab), Dato’ Jalaluddin Hassan (Tuan Zaidi), Zarina Zainuddin (Yuhanis), Emma Akma (Fatimah), Zuhairi Ibrahim (Zahari), Aishah Sudin (Kak Ton), Hafeez Mikhail (Jeff), Syamiera Farha (Laili), Azmi Osman (Samad), Hanafi Rahman (Malik), adik Dzedryan Daniel (Adam waktu kecil), adik Muhammad Mirza Ihtisyam (Asfar waktu kecil) dan adik Dania Safeeya Solby (Raihana waktu kecil).

Sinopsis Janji Adam
Sebagai seorang ayah, Zahari begitu tertib dalam mendidik anak-anaknya, terutama anak sulungnya, Adam. Zahari mahu memastikan Adam membesar sebagai seorang lelaki yang baik dan penuh dengan ciri-ciri tanggungjawab dalam dirinya supaya menjadi teladan yang baik kepada adik-adiknya, Asfar (7 tahun) dan Raihana (1 tahun).

Adam pula menjadikan ayahnya sebagai idola. Sebelum tragedi malang berlaku, Zahari sempat menitipkan satu amanat untuk menjaga ibu dan adik-adiknya sekiranya berlaku sesuatu kepadanya. Justeru, selepas ketiadaan Zahari sebagai tunggak keluarga, sebagai anak sulung, Adam sanggup mengharungi kesusahan bersama ibunya, terutama dalam menyelesaikan masalah arwah ayahnya. Asfar dan Raihana telah diserahkan kepada keluarga angkat. Adam juga berjanji dengan Zainab bahawa suatu hari nanti, dia akan membawa pulang Asfar dan Raihana.

Selepas 20 tahun, Adam telah bekerja sebagai seorang Illustrator dan tidak pernah melupakan hasratnya untuk menjejaki Asfar dan Raihana. Usaha Adam untuk mencari Raihana telah menemukannya dengan Asyhah, seorang penulis novel yang merupakan anak kepada pemilik syarikat penerbitan, Tuan Zaidi. Apa yang tidak dijangkakan ialah abang angkat kepada Ayshah, Asfar sebenarnya merupakan adik kandung Adam yang dicari selama ini. Asfar yang terasa terhutang budi kepada Tuan Zaidi dan Puan Yuhanis yang telah mendidiknya sejak kecil sehingga menjadi seorang yang berjaya tidak sampai hati melukakan hati keluarga angkatnya.

Ayshah tertarik dengan sikap lurus Adam dan kecekalannya yang tidak pernah berputus asa untuk mencari adik-adiknya. Justeru, Ayshah menawarkan bantuan untuk menolong Adam dan mereka sering berjumpa. Lama-kelamaan, Adam terharu dengan sokongan yang diberikan oleh Ayshah. Sikap Ayshah yang gemar mengusik sering membuatkannya terhibur. Mereka mula menyulam kasih menerusi pertukaran puisi. Namun, Adam masih belum bersedia untuk meluahkan perasaannya terhadap Ayshah kerana mahu fokus kepada pencarian adik-adiknya.

Pertemuan Adam dengan adik perempuannya Raihana menerima tamparan yang hebat apabila Raihana secara terang memberitahu dia tidak akan kembali kepada Zainab yang sanggup membuangnya pada waktu kecil. Adam hanya mampu pulang ke kampung dengan hampa kerana Zainab semakin tenat.

Apakah yang akan berlaku pada Adam dan keluarganya? Bagaimana pula dengan kisah selanjutnya bagi cinta Adam dan Ayshah?

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger