Sinopsis Nasi Minyak Kuah Cinta
Mengisahkan tentang Izka (Nazrief Nazri), seorang wartawan di sebuah stesen televisyen, secara tidak sengaja telah bertemu dengan Mia (Emma Maembong) di dalam sebuah bas ketika ingin bercuti pulang ke kampung. Mia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi massa. Dia masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan dirinya.
Ketika di dalam bas, Izka dan Mia mendapati nombor tempat duduk mereka sama. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai tahap ego yang tinggi, maka tercetuslah pertengkaran antara mereka. Akhirnya, mereka berdua terpaksa menaiki bas yang berlainan setelah dihalau keluar oleh pemandu bas tersebut. Kedua-dua terpaksa mengambil bas di waktu petang. Mia menyalahkan Izka kerana tidak sempat menghantar ibu dan bapanya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah.
Drama antara mereka berdua berlanjutan apabila Mia mula menjalani latihan praktikal di stesen televisyen yang sama dengan Izka. Ini memberi peluang kepada Izka untuk membalas dendam terhadap Mia. Izka kurang bertuah dalam percintaan dan telah dua kali putus cinta. Mungkin disebabkan itu Izka agak dingin dengan perempuan dan menyerah soal jodoh kepada ibunya Azizah.
Satu hari, Izka menghantar kereta antik kesayangannya ke bengkel. Suraya (Aishah Ilias) yang merupakan seorang pengasas produk kecantikan, turut menghantar keretanya di bengkel yang sama. Suraya perli kereta Izka yang buruk itu. Izka tidak mengendahkan kata-kata Suraya. Tanpa disangka, Suraya bertemu semula dengan Izka kerana dia ditugaskan untuk membuat liputan produk kecantikan milik Suraya. Ini membuatkan Suraya berasa serba salah dan terus berubah perangai menjadi baik dan bermulut manis.
Di kampung, Azizah telah mengaturkan pertunangan Izka dengan gadis bernama Zulaikha. Pada masa yang sama, ibu dan bapa Mia juga telah mengaturkan jodoh untuk Mia dengan jejaka pilihan mereka bernama Putra. Sekali lagi ibu Izka menyuruh Izka pulang ke kampung untuk bertemu dengan Zulaikha.
Namun, Izka terpaksa pulang sehari selepas tarikh yang ditetapkan ibunya kerana Mia pun bercuti pada hari yang sama. Zulaikha ada meninggalkan nasi minyak dan kuah kari ayam yang dimasaknya untuk Izka. Selepas merasai masakan Zulaikha, Izka mula rasa terpikat lalu dia pun meminta ibunya untuk meminang Zulaikha.
Apa yang tidak diketahui oleh Mia dan Izka adalah mereka sebenarnya merupakan tunang masing-masing. Mia mesra dipanggil ‘Zulaikha’ oleh keluarganya kerana dia kuat menangis waktu kecil dahulu dan nama itu diberi oleh neneknya sebagai ‘pengubat’.
Pada masa yang sama, Mia bertanya tentang Putra kepada ibunya. Dia hanya pernah berbual dengan Putra melalui telefon sahaja. Sudah semestinya perasaan ingin tahu itu semakin kuat. Apakah perasaan Mia dan Putra selepas mendapat tahu bahawa mereka telah bertunang dengan musuh ketat mereka sendiri? Adakah perasaan benci itu akan bertukar menjadi cinta?

Pelakon Nasi Minyak Kuah Cinta Nazrief Nazri, Emma Maembong, Aishah Ilias, Shahz Jaszle, Anas Ridzuan, Idzham Ismail, Riezman Khuzaimi, Ieka Simone, Fara Lyna, Gbob, Henzi Andalas, Wan Nor Azlin, Laila Nasir, Aleza Shadan, Tunku Hanis, Acong Sweetchild, Mak Wan Latah, Shakilla Khoriri, Nu'man, Roslan Shah, Putra Amaris.
NASI MINYAK KUAH CINTA EPISOD 6
0 comments:
Post a Comment