Home » » Amsyar, Azalea TV9 [2016]

Amsyar, Azalea TV9 [2016]

Written By Unknown on 21 Nov 2016 | 2:01 am

Amsyar TV9

Sinopsis Amsyar

Drama Amsyar mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Amysar yang kehilangan kedua orang tuanya dalam satu kemalangan jalan raya. Sebagai seorang anak tunggal Amsyar tinggal sebatang kara dan dijaga oleh pak ngahnya bernama Shahrul. Namun isteri Shahrul tidak menyukai Amsyar dan menganggapnya sebagai bebanan pada keluarga mereka.

Selepas tu Amsyar tinggal bersama seorang lagi bapa saudaranya bernama Azhar. Tetapi ramai pula yang tidak menyukainya di situ sehinggakan dia sering dimarahi, dipukul dan didera.

Kerana tidak mahu menjadi bebanan pada orang lain, Amsyar redha tinggal di Teratak Kasih sebuah rumah anak-anak yatim yang menempatkan budak-budak yang senasib dengannya. Pemilik rumah anak yatim itu bernama Waheeda.

Apa akan berlaku kepada Amsyar selepas itu. Dapatkah dia hidup dengan lebih bahagia dan tenang? Untuk mengetahui kesudahan kisah penuh emosi ini, jangan lupa tonton Drama Amsyar pada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea TV9 dan siaran ulang tayang di TV3.

Drama Amsyar dibintangi oleh Ben Ladin, Elly Mazlein, Redza Rosli, Hairi Safwan, Nafiz Muaz, Faralyna Idris, Sabhi Saddi dan ramai lagi.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger