Sinopsis Rintihan Nek Mis
Rintihan Nek Mis mengisahkan Nek Mis yang menyayangi cucunya bernama Karmila. Helmi anak lelaki Nek Mis dan isterinya Shida selalu sibuk bekerja dan telah menyerahkan Karmila kepada Nek Mis untuk dijaga.
Suatu hari Helmi mati lemas ketika keluar memancing. Selepas kematian Helmi, Shida membuat keputusan untuk berpindah semula ke rumah ayahnya, Encik Ismail. Shida membawa Karmila bersama.
Nek Mis sangat merindui Karmila dan meminta Shida untuk membawa cucunya berjumpa dengannya. Namun Encik Ismail melarang. Hubungan Nek Mis dan Encik Ismail tidak rapat kerana dia menuduh Nek Mis sebagai punca Shida menjanda di usia yang muda. Lagipun hubungan antara Shida dan Helmi tidak pernah mendapat restu darinya.
Kerana rasa rindu yang teramat kepada cucunya, Nek Mis sanggup lakukan apa sahaja termasuk menuntut hak penjagaan ke atas Karmila di mahkamah. Pelbagai cabaran ditempuh Nek Mis namun tidak pernah sekali pun dia berputus asa untuk mendapatkan cucunya semula.
Dalam masa yang sama, Shida mula bercinta dengan Haikal. Haikal adalah penyelia di syarikat pembinaan Encik Ismail. Kali ini Encik Ismail merestui perhubungan itu kerana Haikal merupakan antara orang kepercayaannya.
Kerana dilamun cinta, Shida mula mengabaikan tanggungjawabnya kepada Karmila. Hendak dijadikan cerita, satu hari Karmila tiba-tiba hilang.
Apa agaknya tindakan Nek Mis dengan kes kehilangan Karmila. Adakah Karmila akan ditemui semula?

Rintihan Nek Mis dibintangi oleh Normah Damanhuri, Faye Khusairi, Hanna Aqeela, Idzham Ismail, Ryzal Jaafar dan Duerra Mitilda
0 comments:
Post a Comment