Kau Aku Kita Raya masih mengekalkan konsep komedi dan keletah pada tiap
watak seperti dalam Kau Aku Kita malah memperlihatkan sisi baik Iman
tetapi ada kalanya beremosi juga kerana itu lumrah manusia. Cerita
bermula dengan memperlihatkan kemesraan atau romantik Im Aus kejutkan
Iman bangun pagi dengan kata-kata manis dan gelaran ‘abe’ dan ’sayang’
antara mereka kemudiannya Iman ketawa kerana itu hanya lakonan. Dia
masih belum boleh mengubah panggilan ‘kau’ dan ‘aku’ antara mereka. Im
Aus nampak kecewa tapi dia tetap cuba untuk biasakan Iman dengan
panggilan itu tambahan ketika ini Iman sudah pun mengandungkan anak
pertama mereka. Selepas Encik Zukhri, ayah Iman sihat, Dato’ Ashari,
daddy Im Aus menegakkan keadilan sehinggakan Botak dan orang-orangnya
ditangkap polis. Kini keluarga Iman tinggal di rumah lain walaupun
berkali Dato’ Ashari dan Datin Raisya mengajak untuk tinggal bersama.
Cuma sesekali mereka akan datang kerana Dato’ Ashari dan Datin Raisya
rindukan adik-adik Iman.
Pelakon: Janna Nick, Syarul Ridwan, Issey Titan, Sasqia, Hafidz Roshdi.
Pelakon: Janna Nick, Syarul Ridwan, Issey Titan, Sasqia, Hafidz Roshdi.
0 comments:
Post a Comment