Home » » Bila Tiba Saatnya, Telemovie TV3 [2016]

Bila Tiba Saatnya, Telemovie TV3 [2016]

Written By Unknown on 23 Jun 2016 | 8:41 pm

Bila Tiba Saatnya

Sinopsis Bila Tiba Saatnya

Mengisahkan 2 orang individu yang telah meninggal dunia pada malam yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Walau bagaimanapun, kedua-dua lelaki tersebut telah dikebumikan di kampung halaman yang sama. Rosman seorang remaja yang sangat jahat dan suka mencuri apa juga barang sehingga tabung masjid juga jadi mangsanya. Beliau pernah bersumpah dengan ibunya, jika dia yang mencuri wang tabung masjid tersebut maka dia reda jika Allah cabutnya nyawanya di dalam masjid tersebut.

Pada malam 27 Ramadan beliau telah kembali kerahmatullah sebelum sempat bertaubat. Mohd Nazim pula telah menemui ajalnya di pusat karaoke setelah dipukul dengan botol arak oleh seorang gangster. Mohd Nazim ke pusat karaoke tersebut hanya hendak membawa kawan baiknya, pergi menziarah anaknya yang sedang tenat di hospital. Memang arwah Mohd Nazim sebelum ini adalah seorang kaki botol tetapi beliau sudah berubah dan bertaubat serta menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.

Pelakon Bila Tiba Saatnya Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Niena Baharun, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Aleza Shadan, Dian P.Ramlee & Kodi Rashid.



Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger