Home » » Assalamualaikum Cinta, Astro Ria [2016]

Assalamualaikum Cinta, Astro Ria [2016]

Written By Unknown on 1 Jul 2016 | 8:44 am

Assalamualaikum Cinta Astro

Sinopsis Assalamualaikum Cinta

Assalamualaikum Cinta mengisahkan tentang Azrif (Kamal Adli) dan Rykal lakonan Saharul Ridzwan yang memulakan sebuah pertaruhan. Mereka berdua cuba memikat dua orang gadis bernama Emma lakonan Emma Maembong dan Nia (Ayda Jebat). Jika salah seorang gadis menyatakan perkataan "I Love You" kepada salah seorang daripada mereka, maka dialah yang akan memenangi pertaruhan itu yang hadiahnya adalah semangkuk cendol.

Emma adalah seorang gadis yang tidak suka pada lelaki kaya. Dia beranggapan bahawa semua lelaki kaya suka berlagak dan bermain dengan perasaan perempuan. Lelaki yang sering dia kaitkan dengan sikap sebegitu adalah abang iparnya Daniel yang sering mengasari kakaknya bernama Natasya.

Perkenalan dengan lelaki bernama Azrif ibarat mimpi ngeri buat Emma. Dia benci dengan sikap Azrif yang seakan memaksanya untuk berkawan.

Berlainan pula dengan Nia. Dia berkenalan dengan Rykal ketika sama-sama merebut sebuah parking kereta. Ayah Nia pula jenis yang begitu tegas dan mengawal kebebasan Nia lebih-lebih lagi yang melibatkan lelaki.

Walaupun berkali-kali menerima amaran dari Nia dan Emma, Azrif dan Rykal tetap juga meneruskan misi mereka sehingga akhirnya Nia dan Emma mulai sedar mereka mula jatuh hati kepada Rykal dan Azrif biarpun pada awalnya mereka membenci.

Akibat keterujaan misi mereka yang pada awalnya berjaya akhirnya terkantoi pula bila Emma dan Nia mendapat tahu. Dan akhirnya kedua-dua gadis itu bertindak untuk memutuskan perhubungan dan tidak mahu lagi menemui mereka berdua.

Selepas itu apa yang dilakukan oleh Azrif dan Rykal menjadi serba tak jadi. Kemudian barulah mereka sedar yang mereka juga telah jatuh hati pada Emma dan Nia. Dalam masa yang sama mereka dikejutkan pula dengan keputusan nenek mereka yang inginkan mereka berdua bertunang dengan calon pilihannya.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Adakah Azrif dan Rykal akan bersetuju ditunangkan dengan calon pilihan nenek mereka? Bagaimana pula dengan Emma dan Nia?

ASSALAMUALAIKUM CINTA EPISOD 1 - 30/05/2016
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger