Home » » Dhia Sofea, Samarinda TV3 [2015]

Dhia Sofea, Samarinda TV3 [2015]

Written By Unknown on 4 Dec 2015 | 9:11 pm

Dhia Sofea TV3

Sinopsis Dhia Sofea

Kepulangan Dhia Sofea disambut dengan majlis hari jadinya yang diaturkan oleh ibunya, Mak Yam. Dhia tidak sangka kejutan hadiah hari jadi yang diberikan oleh Mak Yam bakal mengubah hidupnya. Apakah dugaan yang bakal menghujani Dhia?

Mengisahkan Dhia Sofea (Amyra Rosli) mula mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam (Norlia Ghani). 23 tahun yang lepas, Dhia diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Wanita itu berkelubung dan tidak kelihatan wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu.

Mak Yam membesarkan Dhia seperti anak kandungnya. Din (Syafiq Kyle), seorang anak yatim paitu juga menumpang kasih Mak Yam. Din menyimpan perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ (Fadlan Hazim). Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida).

Dhia Sofea meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non (Raja Ema) di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena. Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti.

Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly (Sharifah Haslinda). Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi (Dato’ Eizlan Yusof) tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia Sofea menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly?

Pelakon Amyra Rosli, Fadlan Hazim, Maria Farida, Sharifah Haslinda, Syafiq Kyle, Sasqia Dahuri, Raja Ema, Dato’ Eizlan Yusof, Faye Kusairi, Puteri Octovia, Roy Azman, Norlia Ghani.

DHIA SOFEA EPISOD 1 - 14/10/2015
DHIA SOFEA EPISOD 2 - 15/10/2015
DHIA SOFEA EPISOD 3 - 21/10/2015
DHIA SOFEA EPISOD 4 - 22/10/2015
DHIA SOFEA EPISOD 5 - 28/10/2015
DHIA SOFEA EPISOD 6 - 29/10/2015
DHIA SOFEA EPISOD 7 - 04/11/2015
DHIA SOFEA EPISOD 8 - 05/11/2015
DHIA SOFEA EPISOD 9 - 11/11/2015
DHIA SOFEA EPISOD 10 - 12/11/2015
DHIA SOFEA EPISOD 11 - 18/11/2015
DHIA SOFEA EPISOD 12 - 19/11/2015
DHIA SOFEA EPISOD 13 - 25/11/2015
DHIA SOFEA EPISOD 14 - 26/11/2015
DHIA SOFEA EPISOD AKHIR - 03/12/2015

Share this article :

0 comments:

Post a comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger