Home » » Tonton Wadi, Zehra TV3 [2015]

Tonton Wadi, Zehra TV3 [2015]

Written By Unknown on 10 Oct 2015 | 5:40 pm

Wadi TV3

Sinopsis Wadi

Wadi (Azwadi) berumur 17 tahun dan Widya saling menyintai. Mereka belajar sekolah yang sama. Wadi di kelas Sastera manakala Widya di kelas Sains. Wadi hidup dalam kemiskinan dan tinggal di kampung setinggan. Ayah Wadi (seorang pengawal keselamatan) terkorban ketika cuba menyelamatkan Wadi yang hampir lemas ketika mandi di lombong.

Sejak tragedi itu, Wadi tinggal dengan ibu tirinya, Zainah berusia 38 tahun dan tiga adik tirinya Zira 13 tahun dan Zana 10 tahun. Zainah amat membenci Wadi kerana menganggap Wadi punca kematian suaminya Bakri (ayah Wadi). Sejak berkahwin dengan ayah Wadi, Zainah hanya berpura-pura menyayangi Wadi yang ketika itu berusia 2 tahun. Bila ayah Wadi meninggal, Zainah semakin membenci Wadi. Dia suka mendera dan memukul Wadi. Wadi begitu tertekan tapi tidak pernah melawan. Semua penderitaannya dipendamkan saja.

Untuk menghilangkan segala kesedihan, Wadi suka berlari. Berlari membuatkan perasaannya tenang dan tenteram. Wadi tetap bersabar bila Zainah selalu mengusir Wadi. Wadi berazam untuk meneruskan persekolahannya sehingga SPM kerana cita-cita mahu memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil kerana Wadi mahu jadi pelari pecut dan jarak jauh. Wadi memenangi banyak pertandingan larian dan juga mewakili sekolah. Dia amat disayangi oleh guru sukannya, Cikgu Hanafi yang melihat potensi besar dalam diri Wadi sebagai atlit.

Biarpun Zainah selalu memukul Wadi dengan penyapu dan membaling Wadi dengan barang-barang sehingga Wadi cedera, Wadi tetap bersabar membiarkan dirinya diperlakukan dengan kejam. Zira sendiri tidak tahan melihat ibunya mendera Wadi. Zira begitu menyayangi dan bersimpati dengan Wadi. Berbeza dengan Zana yang turut membenci Wadi seperti ibunya. Macam-macam yang dilakukan oleh Zainah dan Zana untuk menyakiti Wadi kerana mahu mengusirnya.

Zainah tidak memberikan Wadi wang saku ke sekolah. Dia juga tidak benarkan Wadi makan dirumah - kalau makan pun hanya diberi kerak nasi dan lauk basi. Wadi tidak dibenarkan tidur dalam rumah (Wadi tidur di pangkin luar rumah. Kalau hujan, Wadi tidur di perhentian bas. Wadi selalu ke sekolah dengan keadaan lapar dan tidak terurus.

WADI EPISOD 1 - 26/06/2015
WADI EPISOD 2 - 03/07/2015
WADI EPISOD 3 - 10/07/2015
WADI EPISOD 4 - 31/07/2015
WADI EPISOD 5 - 07/08/2015
WADI EPISOD 6 - 14/08/2015
WADI EPISOD 7 - 21/08/2015
WADI EPISOD 8 - 28/08/2015
WADI EPISOD 9 - 04/09/2015
WADI EPISOD 10 - 11/09/2015
WADI EPISOD 11 - 25/09/2015
WADI EPISOD 12 - 02/10/2015
WADI EPISOD AKHIR - 09/10/2015
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger