Home » » Tonton Eksperimen Cinta, Dahlia TV3 [2015]

Tonton Eksperimen Cinta, Dahlia TV3 [2015]

Written By Unknown on 23 Aug 2015 | 10:22 pm

EKSPERIMEN CINTA

Sinopsis Eksperimen Cinta

Kali pertama bertentangan mata, Tengku Aaron Shah sudah mula terpikat dengan perwatakan Damia Farisha Razak yang baginya lain daripada perempuan lain di sekelilingnya. Sangat tidak terduga sikapnya. Tengku Aaron mengugut Damia untuk menerima lamarannya, semata-mata hanya untuk eksperimen cinta. Hakikatnya, perkahwinan itu adalah untuk mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya Tengku Andrean yang dianggapnya telah merampas kekasihnya, Seri. Aaron mahu tunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia.

Kehidupan mereka berubah apabila duduk serumah. Cemburu menguatkan rasa hati. Berjauhan membuaikan rasa rindu. Kehadiran Salmi yangg cuba menuduh Tengku Aaron menghamilkannya mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagi Damia,selagi lafaz talaq tidak terucap, selagi itu maruah Aaron akan dijaga.

Pelakon Eksperimen Cinta terdiri daripada Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda memegang watak sebagai Tengku Aaron dan Damia Farisha. Pelakon lain Sherry Ibrahim, Ammar Alfian Aziz, Mira Filzah, Faye Kusairi, Mimi Lana, Ryiena Ismail, Mei Fenlim, Amyza Aznan.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger