Home » » Tonton Perempuan Lindungan Kaabah, Astro Mustika HD [2015]

Tonton Perempuan Lindungan Kaabah, Astro Mustika HD [2015]

Written By Unknown on 12 May 2015 | 12:51 pm

Perempuan Lindungan Kaabah

Sinopsis PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH adalah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Hanan dijaga oleh Datin Zaleha sebagai anak angkat setelah ibunya yang bekerja sebagai orang gaji di rumah Datin tersebut meninggal dunia.

Amir yang turut tinggal di banglo Datin Zaleha juga anak angkat. Dia bekerja sebagai peguam syariah. Hanan menganggap Amir sebagai abang kandungnya.

FAREEZ…anak tunggal kepada Datin Zaleha dan berkelulusan luar Negara. Kacak tapi sudah terpesong jauh dari landasan agama. Hanan dan Fareez bagaikan langit dan bumi. Hanan dan Fareez bagaikan orang asing walaupun tinggal di dalam banglo yang sama.

Untuk kembalikan Fareez kepada jalan yang betul, Datin Zaleha nekad untuk satukan Fareez dan Hanan. Dia yakin yang Hanan dapat membentuk Fareez. Hanan yang berat hati untuk berkahwin dengan Fareez terpaksa akur kerana jasa Datin Zaleha yang telah menjaganya dari kecil. Fareez yang sudah mempunyai kekasih iaitu Sally membangkang keras tapi terpaksa juga terima kerana ugutan Datin Zaleha yang akan menarik semula semua harta dan akan serahkan kepada Amir.

Alex…seorang lelaki cina yang jatuh cinta kepada Hanan pada pandangan pertama. Dia merupakan kawan rapat kepada Fareez. Dia ingin dalami agama Islam semenjak bertemu Hanan. Mereka akan berhubung melalui telepon dan internet kerana Hanan amat menjaga tingkah lakunya. Hanan yang sering berhubung dengan Alex mula jatuh cinta tapi terpaksa pendamkannya kerana akan berkahwin dengan Fareez. Alex jadi sasau bila Hanan akan berkahwin tapi tidak mengetahui bahawa lelaki tersebut adalah Fareez.

Hanan dan Fareez berkahwin tapi mereka telah menetapkan untuk membuat hal masing2. Fareez sering mengusik Hanan dengan hujah2 agama apabila Hanan tidak jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Sweet sangat walaupun mereka bergaduh. Dalam bergaduh akhirnya Fareez jatuh cinta dengan Hanan. Dia mula tidak hiraukan Sally dan Sally menaruh dendam kepada Hanan.

Sally yang mengandungkan anak Azhari iaitu musuh ketat Fareez memberitahu Hanan bahawa anak tersebut adalah anak Fareez. Hanan yang mula cintakan Fareez amat tertekan dan desak Fareez untuk berkahwin dengan Sally. Sally yang marahkan Fareez mula berpakat dengan Azhari untuk jatuhkan perniagaan Fareez. Maklumat sulit beberapa projek telah diberikan kepada Azhari.

Dalam diam Fareez menyiasat mengenai Sally atas bantuan Alex. Segala perbuatan Sally telah dibongkarkan oleh Fareez dan mengugut untuk membuat laporan polis. Sally yang berasa tergugat telah membuat laporan polis atas segala rancangan jahat Azhari. Ianya atas nasihat Hanan yang simpati dengan nasib Sally dan berjanji untuk Fareez tidak akan mengambil tindakan polis.

Akibatnya Azhari kehilangan projek kerana mencuri maklumat syarikat Fareez. Dia telah menculik Hanan dan Sally meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah ketika cuba membantu Hanan.
Alex berjaya jejaki Azhari dan dia ditangkap polis. Hanan selamat dan hidup bahagia bersama Fareez. Mereka dikurniakan anak lelaki dan Alex membawa diri ke Jordan. Dia bertemu jodoh dengan anak rakan perniagaannya. Amir pula cuba disatukan oleh Datin Zaleha dengan kawan baik Hanan iaitu Rozi.

Pelakon Diana Dianelle, Sharnaaz Ahmad, Keith Foo, Farahdhiya, Amar Asyraf, Aida Khalida, Ziela Jalil.

Klik link di bawah untuk menonton

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger