Home » » Tonton Talak, Drama Festival KL 2015

Tonton Talak, Drama Festival KL 2015

Written By Unknown on 24 Mar 2015 | 9:57 am

Talak Drama Festival KL 2015

Sinopsis Talak, Drama Festival KL 2015

Badrul amat mencemburui persahabatan isterinya Yasmin dengan kawan baik isterinya, Mukhriz yang sama-sama bekerja di sebuah syarikat penerbangan sebagai anak kapal. Badrul sukar menerima persahabatan mereka.

Oleh itu, Badrul telah meletakkan syarat kepada Yasmin jika salah seorang daripada mereka meniduri orang lain maka terjatuh talak. Yasmin benar-benar terkejut dengan syarat suaminya sedangkan Yasmin setia sebagai isteri. Badrul menjadikan syarat itu sebagai ugutan kepada isterinya supaya isterinya setia dan pada masa yang sama mahu menunjukkan dirinya yang lebih setia daripada isterinya.

Rina baru bekerja di pejabat Badrul. Rina mula menyimpan perasaan terhadap Badrul tetapi Badrul tidak mempunyai perasaan terhadap Rina. Suatu hari, Yasmin terkandas di luar negara kerana cuaca buruk dan tidak dapat pulang seperti yang dijangka. Apabila Badrul mengetahui Mukhriz ada bersama, cemburu Badrul membuak-buak. Dengan geram, Badrul mengambil keputusan untuk keluar bersama Rina.

Tindakan Badrul telah menimbulkan masalah besar kerana tanpa disedari, Badrul telah melanggar syarat dan meniduri Rina. Badrul sedar dirinya hidup dalam dosa dengan isterinya tetapi dia tidak sanggup kehilangan Yasmin jika perkara itu diketahui oleh isterinya. Keadaan bertambah rumit apabila Rina telah mengandung. Apakah bakal berlaku nanti?

Lakonan Fizo Omar, Diana Danielle, Hafreez Adam, Reen Rahim, Fadzil Zahari.

Klik link di bawah untuk menonton

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger