Home » » Tonton Isteri Separuh Masa, Astro Maya HD [2015]

Tonton Isteri Separuh Masa, Astro Maya HD [2015]

Written By Unknown on 9 Jun 2015 | 12:56 am

Tonton Isteri Separuh Masa Astro

Sinopsis Isteri Separuh Masa
Isteri Separuh Masa mengisahkan Medina Izwani anak angkat kepada keluarga Dato’ Abdullah dan Datin Aliyah. Kerana terlalu sayangkan Medina Izwani, nenek menjodohkan Nazrin Shah iaitu cucu kandungnya dengan Medina. Mengenangkan terlalu banyak budi yang dicurahkan keluarga Dato’ Abdullah, Medina akur pada keputusan nenek. Namun, perkara sebaliknya berlaku terhadap Nazrin Shah. Nazrin menentang hasrat neneknya kerana dia menganggap Medina sebagai musuh!

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Drama Isteri Separuh Masa merupakan drama adaptasi daripada novel. Penulis novel Isteri Separuh Masa merupakan novelistar terkenal iaitu Suri Ryana atau nama penuhnya Sharifah Nurilyana Syed Fesal. Apakah kesudahan yang berlaku antara Medina dan Nazrin. Sama-sama kita tonton nanti.

Antara barisan pelakon Isteri Separuh Masa adalah Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, Ziha, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Erwin Dawson, Mahmud Ali Bashah, Normah Damanhuri, Lia Natalia, Natasha Elyzza, Ziha, Nadya Syahera, Syafiq Kyle.



Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger