Home » » Keselamatan Password Pada Browser Chrome dan Firefox

Keselamatan Password Pada Browser Chrome dan Firefox

Written By Unknown on 13 Mar 2015 | 11:25 pm

Keselamatan Password Pada Browser Chrome dan Firefox

Artikel ini berkenaan sejauh mana browser internet yang kita guna boleh menjamin Keselamatan Password Pada Browser Chrome dan Firefox pada website yang anda lawati. Bagi yang menggunakan sebuah komputer peribadi terutamanya laptop atau notebook, tahukah anda bahaya bila komputer atau notebook anda digunakan oleh orang lain apa lagi jika laptop anda hilang. Contohnya akaun Facebook. Setiap kali anda logout adakah anda rasa amat yakin yang akaun Facebook anda tidak dapat dicerobohi oleh sesiapa walaupun orang tersebut menggunakan laptop anda? Anda memang dah buat apa yang sepatutnya anda buat. Tambahan lagi mungkin anda  buat clear cache dan cookies pasal nak bagi betul-betul selamat. Bimbang kawan anda atau sapa sahaja hijack akaun anda.

Percayakah anda, sebenarnya orang yang menggunakan komputer kita dapat mengetahui segala jenis password kita dengan begitu mudah sekali walaupun anda sudah lakukan perkara sebelum ini. Tiada apa-apa software yang diperlukan dan ianya tidak memerlukan sebarang kepakaran dalam bidang hacking dan sebagainya. Mari lihat penerangan ringkas yang sempat admin tuliskan.

Contohnya, jika anda menggunakan browser Firefox sebagai browser utama yang mengedalikan segala aktiviti harian anda di internet, cuba buat apa yang akan ditunjukkan ini.
 
1. Pergi ke Firefox dan cari Option.
Keselamatan Password Pada Browser Chrome dan Firefox

2. Klik pada tab, Security dan klik pada Saved Password.
Keselamatan Password Pada Browser Chrome dan Firefox

3. Segala website yang pernah anda daftar, login dan username akan terpapar.
Keselamatan Password Pada Browser Chrome dan Firefox

4. Sekarang klik pada Show Password dan lihat apa yang jadi.
 
Untuk browser  Chrome cara yang lebih kurang sama. Pergi ke setting dan cari “Passwords and forms”. 

Semua website yang pernah anda daftar akan tersenarai satu-persatu lengkap dengan username dan password. Perkara ini dapat dilihat oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses ke dalam sistem komputer anda. Saya amat yakin, di komputer kita sendiri pastinya kita akan set pada "remember" untuk semua password website yang pernah kita daftarkan? Biasa la nak buat kerja cepat dan mungkin malas nak isi username dan password setiap kali nak akses web tu. Ini amat bahaya sekali, lainlah kalau komputer tersebut memang anda sorang yang guna. Dengan pendedahan ini, diharap anda akan nampak betapa bahayanya bila memberikan kebenaran kepada sesiapa sahaja untuk menggunakan komputer anda.

Maka dengan itu, berhati-hatilah. Pastikan, komputer anda tu benar-benar peribadi, hanya anda saja yang menggunakannya. Jangan terlalu murah hati beri orang lain pinjam atau kebaikan anda akan menyusahkan diri anda satu hari nanti. Biarlah orang nak kata kedekut sekalipun, ada aku kesah? Kalau dah terpaksa sangat nak bagi tu, padam dan delete la semua simpanan username dan password tu dulu okey.

Ramai antara kita tidak menyedari hal ini walaupun anda seorang yang berpengetahuan dalam dunia IT. Dan kalau ada antara anda yang dah tahu pasal perkara ini, baguslah dan terus berhati-hati. Pada yang baru tahu, ambil tindakan segera sebelum terlewat... Macam kata orang terlajak perahu boleh diundur..... hehehe..

Anda jangan risau, ada cara bagaimana nak selesaikan masalah ini tanpa perlu memadam semua password yang dah disimpan? Ye lah kalau padam nanti takut pulak sendiri lupa password. Lagi haru biru dibuatnya. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, Firefox didatangkan dengan satu fungsi dipanggil "Master Password".  Lihat gambar di bawah ;

Keselamatan Password Pada Browser Chrome dan Firefox

Tetapkan Master Password ni terlebih dahulu, untuk lihat senarai username dan password yang tersimpan, anda akan diminta untuk memasukkan Master Password terlebih dahulu. PENTING! pastikan Master Password ni anda ingat sampai bila-bila kerana kalau lupa, takkan ada sesiapa yang dapat menolong.

Untuk sesiapa yang dah lihat tapi ruangan username dan password tu kosong saja, itu bermakna anda tidak pernah save password bila browser meminta anda save/remind password. Mungkin juga anda sedang menggunakan browser baru install atau mungkin komputer baru. Untuk itu, pastikan anda lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan anda. Harap dapat sedikit membantu.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger