Home » » Cahaya Malaika, Cerekarama TV3 [2015]

Cahaya Malaika, Cerekarama TV3 [2015]

Written By Unknown on 5 Jan 2015 | 2:28 pm

Cahaya Malaika Cerekarama TV3

Sinopsis Cahaya Malaika

Que melakonkan watak Ezra berusia 30an seorang penulis yang menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel seterusnya dibebani hutang yang banyak sekaligus membuatkan isterinya Lily dan anak mereka Hanna turut mendapat tempias kesusahan terbabit. Ezra membawa keluarga ke kampung, tinggal di rumah peninggalan arwah ibunya untuk lari daripada Along dan mahu memulakan kehidupan baru. Namun dia tidak mengetahui yang Mak Ngah, adik kepada arwah ibunya mahukan rumah peninggalan itu untuk dijadikan rumah inap.

Kehidupan Ezra semakin sukar, dia gagal menyiapkan novelnya dan isterinya Lily pula mengambil keputusan meninggalkan Ezra dan Hanna untuk mengejar kekayaan dengan menjadi 'high class escort' di bandar. Ezra yang tertekan mula rasa kepayahan menjadi bapa tunggal membesarkan anaknya, ditambah dengan Mak Ngah yang mula bencikan Ezra hanya kerana rumah peninggalan tersebut.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Ezra yang sering tertekan dan sakit kepala, disahkan mengidap barah otak. Ezra bertekad untuk menghabiskan novelnya untuk menjamin masa hadapan Hanna dan dalam masa yang sama mahu terus melawan sakit dan haknya pada rumah peninggalan rumah arwah ibunya itu. Lily yang menyedari akan kesilapannya meninggalkan Ezra dan Hanna mula merasakan kekayaan tidak menjamin kebahagiaannya. Dia mahu kembali semula kepada Ezra namun semuanya sudah terlambat.

Cahaya Malaika Cerekarama pertama untuk tahun 2015, Sabtu ini 9 malam di TV3. Terbitan Enuja Production Sdn Bhd, arahan Raja Mukhriz ini dibintangi Que Haidar, Sharifah shahora, Riz Amin, Roy Azman, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Sila Klik Link Di Bawah Untuk Menonton

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger