Bemula Jun tahun hadapan, golongan berpendapatan tinggi perlu membeli bahan bakar RON95 pada harga pasaran dunia dan tiada lagi subsidi untuk mereka.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia berikutan kerajaan akan melaksanakan sifar subsidi bagi petrol jenis itu kepada golongan kaya.
Bagaimanapun katanya golongan berpendapatan rendah masih boleh menikmati subsidi kerajaan dan membeli petrol pada harga sama seperti sekarang.
Dengan perlaksanaan itu, golongan kaya katanya perlu membayar RON95 pada harga RM2.58 per liter, manakala golongan berpendapatan rendah masih boleh membelinya dengan harga RM2.30.
"Bagi kelas pertengahan, sebahagian masih akan menikmati kadar subsidi," katanya dalam sidang akhbar selepas taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Bajet 2015 kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di Bangi hari ini.
Sebelum ini, Ahmad Maslan berkata, hanya rakyat berpendapatan RM4,000 ke bawah mungkin mendapat subsidi petrol tersebut manakala bagi mereka yang berpendapatan antara RM4,000 hingga RM12,000 akan diputuskan kemudian.
Beliau juga menegaskan, kerajaan sedang mengkaji penggunaan My Kad bagi pembelian petrol sebagai mekanisma baru subsidi tersasar bermula tahun depan. - HARAKAHDAILY

0 comments:
Post a Comment