Home » » 2000 Penghuni Pangsapuri di Bukit Beruntung Pindah Tanah Runtuh

2000 Penghuni Pangsapuri di Bukit Beruntung Pindah Tanah Runtuh

Written By Unknown on 21 Oct 2014 | 10:45 am

2000 Penghuni Pangsapuri di Bukit Beruntung Pindah Tanah Runtuh

Seramai 2,000 penghuni pangsapuri Teratai di Bukit Beruntung, di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan kejadian tanah runtuh yang dikhuatiri menjejaskan kediaman mereka kira-kira jam 11.20 pagi semalam.

Penghuni pangsapuri berkenaan terpaksa dipindahkan ke tiga buah sekolah iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunga Raya, SK Bunga Raya 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bunga Raya disebabkan berlaku gelinciran dan tanah runtuh yang melanda kawasan berkenaan.

Difahamkan kejadian itu adalah kali ketiga berlaku sejak kira-kira 14 tahun yang lalu.

Menurut seorang penghuni pangsapapuri berkenaan, N Gobalan berusia 44 tahun berkata, Perayaan Deepavali tahun ini pasti hambar dan tidak akan semeriah tahun lalu.

“Kejadian gelinciran dan tanah runtuh di kawasan itu menyebabkan dia, isteri dan tiga anaknya terpaksa berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bunga Raya, atas factor keselamatan keluarganya.

Dia yang menetap sejak 18 tahun lalu di kawasan itu menganggap kejadian tanah runtuh itu adalah terburuk dan merencatkan persiapan sambutan Deepavali.

Sumber : hmetro
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger