Sinopsis Beruk Tok Ayah
Mengisahkan Tok Ayah (Wan Hanafi Su) yang hidup keseorangan selepas kematian isterinya. Beliau hanya ditemani beruk kesayangannya yang digelar Comel. Comel dijadikan sebagai punca pendapatan mengambil upah memetik kelapa. Tok Ayah mempunyai seorang anak, Hisham (Zamarul Hisham), namun anaknya jarang menziarahinya.
Hisham yang sudah beristeri dengan Junaidah (Intan Ladyana) leka berjudi laga ayam. Dia cukup memusuhi beruk ayahnya yang dianggap membawa sial kepada dirinya. Hisham menganggap kerana Beruk kesayangan ayahnya itulah yang menyebabkan ayahnya enggan menjual tanah pusaka untuk membantunya membayar hutang. Beruk itu juga dianggap penyebab kematian ibunya yang dilanggar keretapi.
Tok Ayah disamping mengambil upah memetik kelapa dia juga adalah tokoh dikir barat. Dalam dunia Dikir, Tok Ayah dimusuhi Jusoh (Azhan Rani), seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden dalam persembahan dikir. Jusoh juga memusuhi Hisham yang telah merampas Junaidah, bekas kekasihnya yang telah berkahwin dengan Hisham.
Tok Ayah mempunyai seorang anak angkat, Syukor (Shafie Naswip), seorang pelajar university dan dia bersama kekasihnya Lia, penggiat Mak Yong (Keena Mentor) merancang membuka Sekolah Beruk untuk ayahnya. Tok Ayah yang terpaksa mengajar dikir barat di Bandar menyuruh Syukor, menjaga beruk sepanjang ketiadaannya. Namun beruk itu telah dijual oleh Hisham untuk mendapatkan duit bagi membayar hutang. Tok Ayah cukup terkesan dengan perangai Hisham yang sanggup menjual beruk yang telah banyak berbudi kepada mereka sekeluarga. Namun, beruk itu telah ditebus balik oleh Syukor.
Jusoh menggunakan tipu helah untuk melaga-lagakan Hisham dan ayahnya apabila berpakat dengan bomoh agar Hisham membunuh beruk kesayangan ayahnya bagi mengubati penyakit badi beruk anak Hisham yang baru dilahirkan. Hasrat Hisham untuk membunuh beruk itu dibantah keras ayahnya dengan membuka kembali kisah jasa-jasa beruk itu kepada keluarganya dan kisah disebalik kematian ibunya. Tok Ayah akhirnya merelakan beruk itu dibunuh jika itu kehendak anaknya, tetapi belum sempat Hisham membunuh Comel, Comel telah diracun oleh Jusoh.
Tok Ayah yang cukup terkesan dengan peristiwa itu mengambil masa yang lama untuk melupakan Comel. Dihari pembukaan, Sekolah Beruk yang diusahakan Syukor dan Lia, Hisham membuat kejutan dengan membawakan Comel kembali kepada ayahnya. Rupa-rupanya, Comel berjaya diselamatkan oleh Tok Anjang dari mati diracun dan Hisham merahsiakan perkara itu dari ayahnya.
Akhirnya, Hisham sedar tentang pengorbanan ayahnya dan Beruk Comel kepada dirinya dan keluarganya. Beruk Comel merenggangkan hubungan ayah dan anak pada mulanya, namun Beruk Comel jugalah yang menyatukan kembali kasih sayang seorang anak kepada ayahnya.
Klik link di bawah untuk menonton
TONTON BERUK TOK AYAH

0 comments:
Post a Comment