Sinopsis Rumah Buat Ibuku
Rumah Buat Ibuku mengisahkan mengenai Karim yang baru dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah. Dia dihukum penjara selama lima tahun tetapi dipendekkan kerana berkelakuan baik. Karim sebenarnya terbabit dengan dadah kerana desakan keluarga isterinya yang menghinanya kerana susah.
Karim pulang ke kampung untuk mencari ibunya, Mak Senah. Dia terkejut apabila rumah ibunya sudah musnah dalam kebakaran. Namun dia lega kerana orang kampung telah menghantar Mak Senah ke rumah kebajikan orang tua kerana tiada waris menjaganya.
Karim menemui Mak Senah dan berjanji untuk mendirikan semula sebuah rumah baru. Bagaimanapun kehadirannya tidak disenangi oleh penduduk kampung. Mak Senah pula tinggal sebatang kara selepas anaknya dipenjara. Dia tidak tahu anaknya tunggalnya terbabit dengan dadah. Orang kampung memandangnya dengan penuh hina. Mujurlah dia berjaya menyelamatkan diri ketika rumahnya terbakar.
Sementara itu bekas isterinya Nadia masih sayangkan Karim, tetapi tidak mampu untuk mempertahankan cintanya kerana keluarga Nadia inginkan dia berkahwin dengan lelaki kaya. Nadia juga terpaksa merahsiakan perceraiannya daripada Mak Senah dan dia berkahwin dengan seorang usahawan berjaya.

0 comments:
Post a Comment