Sinopsis Bahrin Tangkai Jering
Bahrin Tangkai Jering mengisahkan tentang Bahrin yang masih tidak mempunyai kerja walaupun sudah berkahwin dengan Zainab. Selepas didesak oleh isterinya itu untuk mencuba nasib di kota Kuala Lumpur, Bahrin akhirnya diterima bekerja di sebuah syarikat jualan kereta terpakai. Bahrin mempunyai kemahiran komunikasi yang cukup bagus sehingga dia mampu menjual enam buah kereta dalam masa seminggu sahaja. Oleh kerana kebolehan tersebut, Bahrin diperkenalkan oleh Leong, majikannya kepada Azman, pemilik kereta mewah. Kini, gaji bersih Bahrin mencecah RM6 ribu sebulan. Namun, Bahrin hanya mengirimkan wang belanja sebanyak RM300 sahaja kepada isterinya. Disebabkan tidak sampai hati melihat Zainab bersusah-payah mencari rezeki, Samad, seorang pemborong sayur yang juga merupakan jiran Zainab selalu memberikannya wang. Dalam diam, Samad telah menaruh perasaan terhadap Zainab. Apakah kesudahan dan nasib Bahrin selepas itu?

0 comments:
Post a Comment