Home » » Telemovie 3 Hati Ibu

Telemovie 3 Hati Ibu

Written By Unknown on 10 May 2014 | 8:16 am

Telemovie 3 Hati Ibu

RTM bakal menyiarkan sebuah telefilem terbaru sempena hari ibu tahun ini berjudul '3 Hati Ibu' yang akan bersiaran pada pada 11 Mei, jam 10.05 pagi di TV1. Drama arahan Wan Cromok ini dibintangi oleh pelakon hebat iaitu Azlee Khairi, Zara Zya, Ku Faridah, Fadilah Mansur, Maimunah Ahmad, Keena Mentor, Ridzuan Hashim, Noralbaniah, Buzen Hashim dan ramai lagi. Hero dan Heroin drama 'Love You Mr. Arrogant' turut menjayakan telefilem ini.

SINOPSIS 3 HATI IBU

Drama 3 Hati Ibu mengisahkan watak wanita separuh abad, Hajah Wan Tom mahu menjodohkan Razman, anaknya dengan Atiqah, di masa yang sama Razman sudah ada pilihan hatinya iaitu Zaidah. Razman membawa Zaidah, gadis bandar yang moden ke kampungnya untuk menambat hati ibunya. Melalui Atiqah, Zaidah belajar menjadi wanita solehah, sesuatu yang jarang dilakukan sebelum ini.

Hajah Wan Tom mula tertarik dengan Zaidah dan mula mengenepikan Atiqah. Kerana tidak mahu di tuduh perigi mencari timba, Atiqah ditunangkan dengan Salleh dan Zaidah menerima berita ibunya meninggal kerana menderita penyakit barah.

Zaidah menolak cinta Razman kerana yang mahukan dia berkahwin dengan Razman adalah ibunya. Zaidah sanggup membayar berapa sahaja agar Salleh melepaskan Atiqah untuk Razman. Salleh setuju tetapi dengan syarat Zaidah berkahwin dengannya.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger