Home » » Tonton Separuh Jiwaku

Tonton Separuh Jiwaku

Written By Unknown on 5 Jun 2014 | 12:52 am

Separuh Jiwaku

Sinopsis Separuh Jiwaku

Separuh Jiwaku mengisahkan Hanna Dalila seorang gadis yang ceria, cantik dan merupakan pemilik kedai dobi. Hanna adalah anak yatim piatu dan dipelihara oleh Mak Iti semenjak kecil. Berlainan pula dengan Emir Izlan, pemuda kampung yang datang ke Kuala lumpur dan bekerja sebagai pemandu kepada Dato’ Darwish dan Datin Sofinah. Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka tidak diketahui oleh Dato’ Darwish.

Emir menyewa bilik di atas kedai dobi Hanna dan apabila terlihatkan Hanna pertama kali, dia sudah mula sukakan Hanna dan berkawan rapat dengan Hanna. Satu hari, ketika di dalam kereta, Dato’ Darwish berbual dengan Emir mengenai Hanna. Dato’ Darwish dan Datin Sofinah merupakan pelanggan tetap di dobi milik Hanna. Dato’ Darwish telah berterus terang yang dia menaruh hati pada Hanna. Emir juga terkejut kerana Hanna juga menunjukkan respon positif dan mahu berkahwin dengan Dato’ Darwish. Semenjak itu Emir mula menyimpan dendam terhadap Dato’ Darwish kerana cuba merampas wanita yang dicintainya.

Datin Sofinah pula tidak menyangka Dato’ Darwish sanggup untuk menduakannya. Walaupun marah, Datin Sofinah telah memberikan syarat jika Dato’ Darwish mahu berkahwin dengan Hanna, anak pertama hasil perkahwinan mereka perlu diserahkan kepadanya.

Adakah Hannah sanggup untuk mengikut syarat Datin Sofinah jika dia benar-benar mahu berkahwin dengan Dato’ Darwish dan bagaimana penerimaan Emir terhadap perkahwinan mereka itu nanti? Ikuti perjalanan kisah penuh konflik yang dilakonkan oleh Elfira Loy, Aedy Ashraf, Hafizuddin Fadzil, Jasmin Hamid dan Liza Abdullah setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 8.30 malam, mulai 26 Mac 2014 menerusi slot Ratu di TV9.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger