Home » » Tonton Aku Isterinya

Tonton Aku Isterinya

Written By Unknown on 23 May 2014 | 10:09 pm

Aku Isterinya bloghiburansemasa.blogspot.com


Sinopsis Aku Isterinya a.k.a Aku Bukan Mistress

Aku Isterinya a.k.a Aku Bukan Mistress mengisahkan Mya Arlissa yang terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke jalan yang lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup
berajakan nafsu dihati. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita. 2 tahun menghambakan diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin gelap dan sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai ke kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi. Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan cukupkah tempoh 2 tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Aku Isterinya merupakan sebuah adaptasi daripada novel "Aku Bukan Mistress" karya Acik Lana. Drama bersiri ini akan menggantikan Jika Itu Takdirku yang telah tamat siarannya pada 1 April 2014. Antara barisan pelakonnya adalah Izzue Islam (Mikhail), Anzalna Nasir (Mya Arlissa), Shakila Khoriri (Suzanne), Syazwan Zulkifly (Adam) dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan drama ini bermula pada 2 April 2014.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger