Home » » Perodua Lancar Model Myvi XT

Perodua Lancar Model Myvi XT

Written By Unknown on 10 Apr 2014 | 11:58 pm


Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) menyasarkan 1,600 unit bagi varian terbaru Myvi XT yang direka khas bagi golongan Gen Y dan Z selepas dijual bermula RM41,936.45.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kereta terbaru itu disasarkan kepada penuntut dan lepasan universiti yang mahukan kenderaan lebih luas dan berprestasi, selain harga kompetitif.


"Pada masa sama, kita juga memperkenalkan skim graduan iaitu 'What's Up!' sekali gus menjadi pakej terbaik kepada golongan muda yang mahu memiliki Myvi.

"Model terbaru ini ditambah dengan aksesori bernilai RM1,600, tetapi harga jualan masih lagi sama dan tidak berubah," kata selepas pelancaran Perodua Myvi XTdi sini, sebentar tadi.

Skim itu ditawarkan kepada penuntut universiti dan graduan selepas setahun menamatkan pengajian, di mana mereka berpeluang memiliki baucer RM500 Perodua, kad petrol bernilai RM500 dan polisi kemalangan berjumlah RM20,000 untuk setahun.

Sumber : hmetro
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger