Home » » Misteri Pulau Nangka

Misteri Pulau Nangka

Written By Unknown on 29 Apr 2014 | 11:45 am

Misteri Pulau Nangka

MELAKA 28 April - Persoalan tentang kewujudan harta karun peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka bakal diketahui Rabu ini.

Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan dipercayai merupakan pintu tempat simpanan harta karun itu kini siap 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya Rabu ini.

"Kita percaya pintu ini akan berjaya dibuka dalam tempoh dua hari lagi seterusnya dapat memberi jawapan sama ada harta karun tersebut benar-benar wujud atau tidak," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pencarian harta karun di Pulau Nangka di sini, Isnin.

Beliau berkata, kerja-kerja pencarian harta karun tersebut dijalankan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. melalui kontrak selama empat bulan bermula Januari lepas hingga 30 April ini.

Katanya, jika syarikat terbabit gagal menyelesaikan kerja-kerja mengorek tersebut dalam tempoh kontrak, kerajaan negeri akan menyerahkannya kepada syarikat lain.

"Jika Smart Partnership International berjaya membuka pintu ini dan tidak menemui sebarang artifak, kita akan memberi mereka lanjutan masa untuk proses pencarian harta karun," katanya.

Pulau Nangka merupakan sebuah pulau tidak berpenghuni berkeluasan kira-kira 20 hektar dan terletak empat kilometer dari Pulau Besar, Jasin. - BERNAMA
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger