Home » » Tonton Yes, Boss!

Tonton Yes, Boss!

Written By Unknown on 26 May 2014 | 1:09 am

Yes, Boss!

Yes, Boss! akan ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad jam 6 petang bermula 15 Februari ini di TV3. Yes, Boss! merupakan adaptasi novel terlaris tulisan Areila Sahimi, macam tajuk filem hindustan pulak. Antara barisan pelakonnya adalah  Aryana (Emma Maembong), Ilham (Fahrin Ahmad), Shamsiah (Noorkhiriah), Opah (Norlia Ghani), Dato Maarof (Eizlan Yusof), Datin Rokiah (Jasmin Hamid), Mellina (Aishah Ilias), Udin (Aidil Aziz), Harun (Shamsul Ghaw2), Midah (Wan Maimunah), Sakinah (Cha Cha Maembong), Jeffry (Hisham Hamid), Amanda (Shella Faeiz) dan ramai lagi. Yes Boss diterbitkan oleh Zeel Production.

Sinopsis Yes, Boss!

Menggunakan orang dalam dengan bantuan mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan sebagai seorang setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof iaitu Ilham merupakan kasanova yang mempunyai ‘simpanan’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasminya sebagai seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tidak rasmi’ seorang setiausaha. Kena 'cover line' untuk bosnya setiap kali bosnya curi tulang, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan YES, BOSS! Pening kepala Aryana melayani setiap kerenah bossnya itu. Aryana terpaksa bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan akhirnya hubungan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bossnya sendiri tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bossnya itu.

Bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Pada masa itu barulah dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang boss memerlukan setiausaha, dia terpaksa berdepan dengan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sudah terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu? Tonton drama Yes, Boss! untuk mengetahui kisah selanjutnya.



YES, BOSS! EPISOD 1
YES, BOSS! EPISOD 2
YES, BOSS! EPISOD 3
YES, BOSS! EPISOD 4
YES, BOSS! EPISOD 5
YES, BOSS! EPISOD 6
YES, BOSS! EPISOD 7
YES, BOSS! EPISOD 8
YES, BOSS! EPISOD 9 
YES, BOSS! EPISOD 10
YES, BOSS! EPISOD 11
YES, BOSS! EPISOD 12
YES, BOSS! EPISOD 13 - 12/04/2014
YES, BOSS! EPISOD 14
- 13/04/2014
YES, BOSS! EPISOD 15 - 19/04/2014
YES, BOSS! EPISOD 16 - 20/04/2014
YES, BOSS! EPISOD 17 - 27/04/2014
YES, BOSS! EPISOD 18 - 03/05/2014
YES, BOSS! EPISOD 19 - 04/05/2014
YES, BOSS! EPISOD 20 - 10/05/2014
YES, BOSS! EPISOD 21 - 11/05/2014
YES, BOSS! EPISOD 22 - 18/05/2014
YES, BOSS! EPISOD 23 - 24/05/2014
YES, BOSS! EPISOD TERAKHIR - 25/05/2014

Episod Baru - Tuan Rumah Pembantu Rumah
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger