Sinopsis Suamiku Jururawat Isteriku Doktor
Drama Suamiku Jururawat Isteriku Doktor merupakan karya sutradara Eyra Rahman dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat dan baru seperti Yana Samsudin, Tomok, Shima Anuar, Sheera Iskandar dan ramai lagi. Jangan lupa nantikan drama ini bersiaran di saluran TV3 mulai 22 MAC 2014. Drama ini disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam di TV3 menggantikan drama Mat Three Four.
Drama Suamiku Jururawat Isteriku Doktor mengisahkan mengenai Mikhail yang dibesarkan oleh ayah tunggalnya yang bekerja sebagai seorang pemandu kepada Datuk Shahrizal. Ibu Mikhail meninggal dunia dalam kemalangan ketika menghadiri temuduga untuk menjadi seorang jururawat. Sejak itu, ayah Mikhail menanam harapan agar Mikhail menjadi seorang jururawat suatu hari nanti, demi impian arwah ibunya yang tidak kesampaian dan kini, Mikhail hampir mencapai cita-cita itu apabila belajar di sebuah kolej kejururawatan.
Hidup Mikhail berubah apabila ayahnya maut selepas cuba menyelamatkan Datuk Shahrizal daripada kes samun. Kematian ayahnya itu menyebabkan Mikhail hidup sebatang kara. Datuk Shahrizal yang rasa terhutang budi, terus menyuruh Mikhail berpindah ke rumahnya. Dia amat menyukai sifat Mikhail dan dalam diam dia menyimpan impian untuk memadankan lelaki itu dengan anak perempuannya. Dr. Suriati yang bakal pulang ke tanahair.
Bagaimanapun, kehadiran Mikhail di dalam rumah itu menyebabkan isteri Datuk Shahrizal, iaitu Datin Ila berasa tidak selesa. Bukan sahaja merasakan Mikhail bakal merampas perhatian suaminya, Datin Ila juga merasakan Mikhail cuba mengambil kesempatan terhadap kemewahan keluarganya. Sikap nakal dan suka mengusik Mikhail juga menyebabkan Datin Ila selalu jatuh ke dalam perangkapnya.
Buat sementara waktu, Mikhail hidup dengan selesa di rumah itu. Sehinggalah Dr. Suriati pulang ke tanahair untuk menyambung tugasnya di sebuah hospital swasta. Dipengaruhi oleh ibunya, Dr. Suriati juga tidak suka dengan kehadiran Mikhail. Dia juga merasakan Mikhail seolah-olah telah merampas kasih sayang daripada ayah kesayangannya. Datuk Shahrizal akhirnya masuk campur dan mahu anak perempuannya itu berkahwin dengan Mikhail. Sungguhpun tidak bersetuju, Dr. Suriati tidak berani mengingkari kehendak ayahnya, lebih-lebih lagi, Datuk Shahrizal jatuh sakit teruk selepas itu.
Atas ketegasan ayahnya, Dr. Suriati pun akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan Mikhail. Namun begitu, di sebalik perkahwinan ringkas yang tidak diketahui ramai itu, Dr. Suriati dan Mikhail bersetuju untuk merahsiakan status mereka di khalayak ramai. Kerana tidak wujud sebarang rasa cinta, Dr. Suriati juga mendesak Mikhail agar mereka tidur berasingan, tidak bersentuhan dan sentiasa bergaduh kerana perbezaan sikap.
Dr. Suriati dan Mikhail akhirnya ditakdirkan bertugas di hospital yang sama. Di situ, Dr. Suriati bertemu semula dengan kawan lamanya, Dr. Fitri, yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya. Begitu juga dengan Mikhail yang menemui Timor yang turut menjalani latihan praktikal di hospital yang sama. Bagaikan sengaja mahu menimbulkan rasa cemburu masing-masing, Dr. Suriati dan Mikhail berlumba-lumba mendampingi teman lama mereka.
Keadaan ini menyebabkan banyak konflik berlaku, lebih-lebih lagi, apabila Dr. Fitri semakin jatuh hati kepada Dr. Suriati. Begitu juga dengan kemunculan Timor yang bermatian-matian cuba merebut cinta Mikhail. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?
EPISOD 1 - 22/03/2014
EPISOD 2 - 29/03/2014
EPISOD 3 - 05/04/2014
EPISOD 4 - 12/04/2014
EPISOD 5 - 19/04/2014
EPISOD 6 - 26/04/2014
EPISOD 7 - 03/05/2014
EPISOD 8 - 17/05/2014
EPISOD 9 - 31/05/2014
EPISOD 10 - 07/06/2014
EPISOD 11 - 14/06/2014
EPISOD 12 - 21/06/2014
EPISOD AKHIR - 28/06/2014

0 comments:
Post a Comment