Home » » Tonton Miranda

Tonton Miranda

Written By Unknown on 23 May 2014 | 10:10 pm

Miranda
Sinopsis Miranda

Drama ini mengisahkan Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas memutuskan pertunangan dengan Izwan iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah.
Izwan cuba merogol Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Malah Salimah memaksa Miranda dengan Izwan bernikah secepat mungkin namun Izwan acuh tak acuh malah lebih kerap mahu mengambil kesempatan terhadap Miranda.
Miranda kemudian menumpang di rumah bapa saudaranya Datuk Shukri buat seketika. Namun, kemunculannya mengejutkan anak-anak Shukri iaitu Ammar dan Melly. Isterinya, Datin Rina walaupun tidak senang dengan kehadiran Miranda, dia tidak menunjukkan perasaannya tetapi selalu mempersoalkan kepada Shukri.
Akhirnya Rina menghalau Miranda keluar dari rumah mereka dan merahsiakan perkara itu daripada Shukri. Dia pura-pura kesal kerana menunjukkan rasa tidak suka kepada Miranda. Selepas keluar dari rumah Shukri, Miranda menumpang pula di rumah rakannya, Mazita yang bekerja di stesen minyak.
Dengan pertolongan Mazita, Miranda berjaya mendapatkan pekerjaan di situ. Bagaimanapun, Shukri berjaya menemuinya di situ manakala Izwan terus mencarinya.
Nantikan drama bersiri 15 episod ini bermula pada 23 January 2014 pada setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3 selepas berakhirnya drama Istidraj Cinta.
Barisan pelakon terdiri daripada Fasha Sandha (Miranda), Dazrin Kamarudin (Ammar), Datuk Eizlan Yusof (Datuk Shukri), Zila Bakari (Datin Rina), Roy Azman (Datuk Salleh) dan Fauzi Nawawi (Fezrul).
Tonton online di www.tonton.com.my

MIRANDA EPISOD 8 - 02/04/2014
MIRANDA EPISOD 9 - 09/04/2014
MIRANDA EPISOD 10 - 16/04/2014
MIRANDA EPISOD 11 - 23/04/2014
MIRANDA EPISOD 12 - 30/04/2014
MIRANDA EPISOD 13 - 07/05/2014
MIRANDA EPISOD 14 - 14/05/2014
MIRANDA EPISOD AKHIR - 21/05/2014
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger