Home » » Tonton Terukir Di Bintang Episod Penuh

Tonton Terukir Di Bintang Episod Penuh

Written By Unknown on 31 Dec 2013 | 4:44 pm


Sinopsis
Adam (Wan Elyas) merupakan chef di sebuah hotel lima bintang di Cameron Highland. Dia bercita-cita untuk mendapat tempat ke pertandingan memasak di peringkat antarabangsa. Peluang itu terbentang luas apabila Adam mendapat perhatian daripada Ketua Chef tetapi dia perlu bertanding sesama chef untuk layak ke pertandingan tersebut. Adam berkawan rapat dengan Jee (Shiha Mentor) seorang gadis beperwatakan kasar. Jee bekerja bersama keluarganya di ladang Strawberry yang menghantar bekalan di hotel tempat Adam bekerja.Jee sebenarnya menyimpan perasaan kepada Adam tetapi tidak pernah meluahkannya. Manakala, Adam pula hanya menganggap Jee sebagai kawan biasa.

Dalam kesibukan Adam berkerja sambil menyiapkan diri bertanding dengan sekutu chef mudanya Rizman di hotel tempatnya bekerja, tiba-tiba muncul Asmara (Tasha Shila), seorang gadis dari Kuala Lumpur menginap di Hotel tempat Adam bekerja. Adam sangkakan Asmara ialah seorang pengintip dari hotel lain untuk mengorek rahsia resepinya bagi pertandingan memasak tetapi sangkaan Adam silap apabila mendapat tahu bahawa Asmara adalah seorang pengkritik makanan malahan Adam menjadi bertambah mesra dengan Asmara apabila Asmara membantunya dalam membuat persiapan untuk pertandingan tersebut. Adam telah jatuh hati terhadap Asmara tetapi tidak bagi Asmara.

Sebenarnya Asmara telah bertunang dengan Zen tanpa pengetahuan keluarganya. Asmara telah berhenti kerja dan melarikan diri ke Cameren Highland bila mengetahui dirinya menghidap radang hati. Jee lalu memgambil keputusan untuk menjadi kawan rapat kepada Asmara dengan harapan dapat mencungkil rahsia siapa diri Asmara sebenarnya tetapi akhirnya Jee terlepas cakap bahawa dia sebenarnya mencintai Adam.

Dalam kesibukan Adam menyiapkan diri untuk pertandingan itu, Jee bertemu dengan Adam dan memberitahu Adam bahawa Asmara telah berpunya dan suka bertukar-tukar pasangan. Adam merasa amat kecewa apabila terserempak dengan Asmara bersama tunangnya Zen. Adam lalu melarikan diri dari Asmara tetapi setelah diberitahu perkara sebenarnya, Adam lalu meluahkan perasaan nya terhadap Asmara.

Manakala Jee merasa cemburu dengan kehadiran Asmara, sedikit demi sedikit menukar personalitinya dari perwatakan kasar kepada lebih feminin dimana menjadi bahan ejekan kawan kawannya. Jee amat berbakat dalam mencipta lagu. Dia melepaskan kekecewaannya dengan mencipta lagu yang berkaitan cintanya terhadap Adam dan diposkan melalui YouTube. Jee membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita citanya menjadi seorang komposer terkenal.
Hubungan Adam dan Asmara bertambah intim, Asmara tahu bahawa Adam amat mencintainya lalu berterusterang ia memghidap penyakit radang hati dan menganggap Adam sebagai kawan sahaja. Asmara pulang kepangkuan keluarga bila keadaannya bertambah teruk. Penyakitnya hanya boleh pulih dengan prosess pemindahan hati dan Adam rela mendermakan hatinya untuk Asmara. Dalam pada itu Asmara memberitahu Adam bahawa Jee amat mencintainya. Adam baru tersedar atas keikhlasan cinta Jee lalu mencari Jee kembali ke Cameron Highland tetapi Jee telah membawa dirinya yang kecewa ke Kuala Lumpur. Adam nekad untuk memberikan hatinya pada Asmara walaupun mengetahui risikonya terlalu tinggi.

Berjayakah proses pembedahan itu dilakukan? Adakah Asmara berjaya diselamatkan? Bagaimana pula dengan keadaan Adam selepas pembedahan tersebut? Dapatkah Adam bertemu kembali dengan Jee? Adakah cinta Jee terhadap Adam berkesampaian? Seribu persoalan akan terjawab apabila anda menontonnya....
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger