Pelakon
Siti Saleha (Sara), Shah Jaszle (Syamil), Engku Faridah (Mak Som), Jasmin Hamid (Mak Shila) dan Kismah Johar (Mak Yam).

Sinopsis
Dari Sinar Mata mengisahkan Syamil dan Sara, pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga. Syamil bekerja sebagai seorang pengurus jualan yang juga anak tunggal kepada Mak Som yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecil oleh ibunya.
Sara pula seorang wanita cantik dan memiliki sepasang mata yang menawan. Syamil tertarik kepada Sara disebabkan kecantikan sinar matanya. Sara pula bekerja dari rumah menjalankan bisnes tudung dan pakaian secara online. Mak Som yang selama ini tinggal di kampung terlalu rindukan anak dan menantunya yang sentiasa sibuk.
Mak Som tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya sejak kematian suaminya. Dia sering membelek gambar bayi di dalam majalah dan mencari nama bayi yang sesuai di dalam buku nama-nama bayi untuk bakal cucunya. Di kampung, Mak Som mempunyai sahabat karib bernama Mak Yam yang mahir mengurut. Mak Yam memberi idea agar Mak Som untuk tinggal saja dengan Syamil di bandar.
Sara sudah lali melihat suaminya bermanja dengan ibunya tidak mengira masa. Contohnya, Syamil merengek meminta Mak Som memasak nasi goreng kegemarannya di tengah malam. Kononnya Syamil rindu mahu makan masakan air tangan ibunya. Mak Som memanjakan Syamil walaupun anaknya sudah berumahtangga.
Sara tiada masalah dengan ibu mentuanya, cuma satu perkara saja yang sering membuatkannya rimas iaitu Mak Som mahu segera menimang cucu dan asyik menyebut perkara yang sama siang dan malam tanpa jemu. Syamil sering bekerja di luar kawasan menyebabkan Sara tertekan kerana terpaksa mendengar bebelan Mak Som.
TONTON DARI SINAR MATA

0 comments:
Post a Comment